Azam tersebut telah dicatatkan Muhammad Hakimi Muhammad Dahalan, 17, pukul 9.55 malam, 24 Mei lalu. Gambar sekeping kertas yang menunjukkan seorang pelajar Pusat Tahfiz Al-Hashimi berazam meninggal dunia pada bulan mulia, Ramadan telah tular di media sosial.
Muhammad Hakimi, terkorban dalam kemalangan di KM 55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, pagi Jumaat, bersama enam pelajar lain. “Mati di bulan Ramadan dengan keredaan-Nya,” demikian tulis Muhammad Hakimi dalam sekeping kertas. Ia menjadi azamnya yang ke-10 dan terakhir ditulis olehnya, bersama sembilan azam lain.
Difahamkan, setiap pelajar tahfiz di pusat tahfiz berkenaan perlu menyatakan azam masing-masing sebelum ketibaan Ramadan dengan menulisnya di atas kertas yang disediakan.
Antara azam lain yang ditulis olehnya adalah selalu berdoa kebaikan ke atas umat Islam, khatam al-Quran, Qiamullail, menginfaqkan harta dan lain (sekadar mampu) dan bercakap perkara penting sahaja.
Allahyarham turut berazam untuk menahan diri daripada berkeluh-kesah dan membuang keegoan diri.
Sumber : Media Islam
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qYnQ0C
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News