Isnin, 5 Jun 2017

Isu Qatar: Malaysia Mahu ‘Tunggu & Lihat Dahulu’

KUALA LUMPUR – Malaysia akan ‘tunggu dan lihat dahulu’ sebelum membuat keputusan sama ada mengikut jejak beberapa negara Arab yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita tunggu dan lihat dahulu. Kita rapat dengan negara-negara Teluk. Kita tidak tahu apa isu sebenarnya ketika ini. Kita akan ikuti perkembangannya,” kata perdana menteri semasa diminta mengulas perkembangan terkini di Timur Tengah selepas melakukan lawatan ke Galeri Tun Razak Exchange (TRX) di sini, hari ini.

Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada Isnin setelah mendakwa negara Teluk itu menyokong pertubuhan pengganas. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qT7uLz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News