Selamba! Itulah reaksi wajah rata-rata pelanggan ketika membeli nasi ayam dan nasi campur di sebuah gerai yang didapati sudah beroperasi di sini sejak jam 12.30 tengah hari.
Hasil intipan Sinar Harian di gerai itu mendapati, tidak putus-putus pelanggan berkunjung ke situ dan hampir kesemuanya adalah lelaki berusia lingkungan 20an hingga 30an.
Dalam tempoh 15 minit, lebih kurang tujuh pelanggan lelaki didapati menempah dan membawa bungkusan nasi tanpa sebarang perasaan segan silu.
Ada juga yang kelihatan memerhatikan keadaan sekeliling menoleh kiri dan kanan untuk memastikan keadaan selamat untuk membeli makanan.
Bagaimanapun, tiada kelihatan pelanggan bukan Islam membeli makanan di situ ketika intipan dilakukan.
Sinar Harian turut mendapati terdapat penunggang motosikal yang melalui depan gerai dan akan berpatah balik apabila melihat ada pelanggan lain beragama Islam dengan mudah membeli makanan di situ.
Lebih menyedihkan, mereka tanpa perasaan malu memilih lauk makanan campur kebanyakannya lauk pedas yang tidak mungkin dibeli untuk kanak-kanak.
Malah tanpa segan silu, si pembeli turut dilihat membungkus air dari kedai berhampiran sebelum berlalu pergi tanpa perasaan bersalah.
Penduduk, Khusairi Abdulllah berkata, gerai itu didakwanya sudah beroperasi pada waktu tengahari menjelang bulan puasa sejak lebih tiga tahun lalu.
Tiada tindakan pernah diambil berikutan tiada siapa yang membuat aduan dan mungkin tidak perasan dengan urus niaga dijalankan.
Menurutnya, pekerja yang membungkus makanan warga Indonesia biasanya tidak banyak soal dan hanya menunaikan permintaan pelanggan meskipun tahu pembelinya beragama Islam.
“Saya pelik, kawasan gerai itu majoritinya penduduk beragama Islam, saya lihat ramai orang Melayu beli.
“Kalau bawa budak kecil tu kita fahamlah mungkin beli untuk anak tapi kalau dah siap beli bungkus teh ais tak akanlah untuk anak,” katanya.
Tak peduli ditegur
Penduduk, Zuraidah Ishak, 38, berkata, walaupun seorang wanita mempunyai sebab untuk membeli makanan pada bulan puasa, dia tidak sanggup menahan rasa malu bertindak sedemikian.
Katanya, dia pelik bagaimana penjual dengan mudahnya menjual kepada pelanggan Islam kira-kira tujuh jam sebelum masuk waktu berbuka puasa.
“Mudah saja nak beli makanan waktu tengahari di bulan puasa. Kedai tu rasanya dah dibuka sebelum jam 12.30 tengahari. Kalau kata yang beli sebagai hidangan berbuka puasa, bagi saya terlalu awal dan lauk mungkin basi.
“Kita nak tegur pemilik kedai pun bukannya berani, nak buat laporan tak tahulah akan ambil tindakan atau tidak,” katanya.
Seorang lagi penduduk berhampiran, Zawiah Zawawi, 56, berkata, dia pernah melihat pelanggan membeli di gerai itu dan bertanya kepada mereka mengapa membeli makanan terlalu awal.
Katanya, sekumpulan budak lelaki berusia 20an hanya ketawa dan masing-masing memilih lauk diingini meskipun sudah ditegur.
“Tak tahulah nak kata macam mana, takut juga berprasangka buruk tapi kalau yang beli masih muda-muda lagi faham-faham sajalah apa maksudnya.
“Bukan saja yang muda, kadang-kadang ada juga yang beli sudah tua. Siap beli air bungkus ikat tepi, masuk kereta tak sempat-sempat terus sedut, Astaghfirullah…” katanya.
The post Jenis muka tak tahu malu! appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rN5jZj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News