Isnin, 5 Jun 2017

Jerusalem Jubilee dibantah, penganjur batal himpunan

Rakyat Palestin menunaikan solat Jumaat pada bulan Ramadan di bandar lama Jerusalem. — Foto ReutersRakyat Palestin menunaikan solat Jumaat pada bulan Ramadan di bandar lama Jerusalem. — Foto ReutersMELAKA, 5 Jun — Penganjur perhimpunan Jerusalem Jubilee telah membuat keputusan untuk membatalkan perhimpunan tersebut setelah berbincang dan mendapat nasihat daripada pihak polis.

Ketua Polis Negeri Datuk Abd Jalil Hassan berkata pihaknya telah memanggil pihak penganjur dan hasil perbincangan, penganjur telah membuat keputusan sendiri untuk membatalkan perhimpunan itu yang dijadual di Cheng pada 15 hingga 18 Jun.

“Pihak polis telah memberikan nasihat sebaiknya kepada pihak penganjur dan kemudian penganjur membuat keputusan untuk membatalkan program tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Abd Jalil berkata berdasarkan laporan yang diterimanya sehingga kini, sebanyak 32 laporan polis telah dibuat sekitar negeri ini.

Sebelumnya, Kerajaan Negeri menerusi Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron hari ini menggesa penganjur perhimpunan Jerusalem Jubilee agar membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan tersebut. — Bernama 



Sumber Jerusalem Jubilee dibantah, penganjur batal himpunan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rsWnrh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News