Sabtu, 10 Jun 2017

J/kuasa Eksekutif FGV Buka Mulut Jawab Dakwaan Zakaria

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akhirnya terpaksa membuka mulut bagi menjawab pelbagai spekulasi dan tohmahan yang dilemparkan oleh orang ramai ke atas syarikat itu sejak empat hari lalu.

FGV menjawab dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad beliau diarahkan bercuti oleh FGV bukan kerana disyaki terlibat dalam salah guna kuasa, tetapi kerana cuba menghalang pelaburan ratusan juta tidak masuk akal yang didakwa dibuat oleh Lembaga Pengarah syarikat tersebut.

Dakwaan Zakaria itu telah diambil kesempatan sebaik mungkin oleh pemimpin dan penyokong pembangkang serta pihak media termasuk online dan akhbar propembangkang untuk memburuk-burukkan imej kerajaan Malaysia.

Antara pelaburan yang Zakaria dakwa adalah rancangan bernilai 100 juta pound sterling untuk pengembangan Felda Cambridge Nanosystems Ltd iaitu sebuah syarikat nano karbon yang kerugian RM117 juta dalam tempoh tiga hingga empat tahun lepas.

Menjawab dakwaan Zakaria, Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah FGV menegaskan tuduhan itu tidak benar kerana Lembaga Pengarah FGV tidak pernah dibentangkan dengan
rancangan untuk pengembangan Felda Cambridge Nanosystems Ltd seperti yang didakwa Zakaria.

Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah FGV turut menegaskan dakwaan Zakaria iaitu Felda Cambridge Nanosystems Ltd kerugian RM117 juta dalam tempoh tiga hingga empat tahun lepas tidak benar.

Felda Cambridge Nanosystems Ltd hmengalami kerugian dari 2014 higga 2017 sebanyak RM27.5 juta memandangkan syarikat yang baru ditubuhkan itu masih dalam peringkat pembangunan produk.

Selain itu, Zakaria mendakwa Lembaga Pengarah FGV merancang membeli 30 peratus pegangan dalam sebuah kilang krimer bernilai RM300 juta yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan bukan teras.

Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah FGV menjelaskan, perancangan pelaburan itu tidak pernah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan FGV berikutan nilai pertumbuhan kerjasama berkenaan kepada FGV dan kebolehupayaan sinergi dengan perniagaan hiliran FGV tidak dapat ditentukan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rg2PP1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News