Isnin, 5 Jun 2017

Jumlah sisa pepejal meningkat 20 peratus pada bulan Ramadan

ALOR SETAR: Masyarakat disaran melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca (SAS) mengikut kaedah yang betul terutamanya ketika bulan Ramadan berikutan jumlah sisa pepejal di Kedah dijangka meningkat 20 peratus.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Syarikat E-Idaman Sdn Bhd (EISB) Erni Nerina Awang Salleh berkata jumlah pembuangan sisa pepejal akan meningkat setiap kali tibanya musim-musim perayaan.

"Setiap kali bulan puasa, kita dapat lihat kebanyakan masyarakat melakukan pembaziran makanan selain tidak menguruskan sisa pepejal dengan cara yang betul.

"Ini antara punca meningkatnya jumlah sampah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata EISB juga telah menambah jumlah unit jengkaut, unit 'open tipper' dan tenaga pekerja sempena Aidilfitri untuk memastikan tiada longgokan berikutan penambahan sampah pada musim perayaan.

Terdahulu, Erni Nerina mengagihkan 2,000 bekas bubur lambuk percuma kepada pengunjung bazar Ramadan di Stadium Darul Aman.

Pada masa sama, Pasukan Idaman Care For Environment (ICE CREW) turut memberi penerangan dan risalah ringkas tentang cara melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca kepada peniaga dan pembeli di bazar Ramadan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sJ1NMC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News