Selasa, 6 Jun 2017

Kanak-Kanak Lahir Tanpa Hidung Meninggal Dunia

ELI Thompson, kanak-kanak yang dilahirkan tanpa hidung dan telah membuatkan orang ramai terharu dengan kisah uniknya itu, meninggal dunia pada usia dua tahun.

Menurut bapanya, Jeremy Finch, anaknya itu disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Springhill di Alabama pada malam Sabtu lalu.

Eli yang menyambut ulang tahun kelahiran kedua pada 4 Mac lalu, dilahirkan tidak cukup bulan. Dia menghidap arhinia, keadaan di mana hanya seorang dalam 197 juta kelahiran akan mendapat penyakit tersebut.

Meskipun tidak sempurna namun Eli bersemangat untuk hidup dan disayangi ramai.

Dia juga sangat bijak serta suka tersenyum.

“Setiap pagi dia akan meminta biskut dengan menggunakan bahasa isyarat. Dia menyentuh perasaan ramai dan ramai yang mengambil berat terhadapnya,’’ kata Finch.- Mynewshub.cc

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sb57U4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News