Selasa, 20 Jun 2017

Keadaan Cico yang mengejutkan, sampai sedih Uji Rashid

Pada: Selasa, 20 Jun 2017
Anak Artis, Berita Artis, Cico, Ibu Artis, Penyakit, Uji Rashid,

Penyanyi veteran, Uji Rashid memberitahu bahawa ada pihak yang telah menganiaya anaknya Cico Harahap sehingga jatuh sakit dan sukar untuk bercakap.

Namun Uji berkata, dia reda dengan ketentuan takdir ini walaupun tidak mengetahui niat sebenarnpihak tersebut sehingga menganiaya anaknya sedemikian rupa.

“Ini takdir dan ketentuan Allah. Cico dianiaya dan saya reda,” katanya.

Dakwaan Uji mengatakan anaknya telah dianiaya adalah apabila telefon bimbitnya turut dirosakkan dan direndam di dalam asid sehingga merosakkan bahagian dalam telefon bimbit tersebut.

Katanya lagi, kejadian berlaku pada malam 25 Disember tahun lalu selepas Cico keluar untuk bertemu dengan rakan-rakannya.

“Saya sukar nak cakap apa yang berlaku kerana tiada di tempat kejadian. Saya difahamkan pihak terbabit meletakkan sesuatu dalam minumannya.

“Saya juga tidak pasti siapa yang menghantarnya pulang. Bukan cara elok tapi dia ditinggalkan dekat pintu dan Cico merangkak masuk ke dalam rumah,” katanya.

Selepas kejadian pada malam itu, Cico dibawa untuk mendapatkan rawatan di hospital dan selain itu juga dia telah menjalani perubatan Islam dan kini Cico dikatakan semakin pulih cuma dia berasa sakit apabila mahu berbicara.

Menurut Uji lagi, pada awal kejadian ini, Cico tidak kenal ibunya dan juga anaknya yang berusia lapan tahun, Rindu Nur Fitrah.

“Kami bagi dia minum air zam zam, air bacaan yasin dan air penawar yang diberikan oleh orang. Kami juga minta tolong pada mereka yang sudi membantu,” katanya.

Walau bagaimanapun Uji berkata, sebelum ini dia enggan membuka mulut tentang perkara ini kerana tidak mahu ada pihak yang tersalah tafsir mengenai keadaan yang menimpa Cico. -sumber HarianMetro

Tag : , , , , ,

The post Keadaan Cico yang mengejutkan, sampai sedih Uji Rashid appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tnkerc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News