Selasa, 6 Jun 2017

KEADAAN PRESIDEN PAS BERTAMBAH BAIK

SHAH ALAM – Tahap kesihatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertambah baik dan proses pemulihan selepas pembedahan berjalan dengan lancar.

Setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Abdul Hadi juga dijangka akan keluar dari wad hospital dalam beberapa hari lagi.

“InsyaALLAH, marilah kita terus berdoa agar Tuan Guru kekal bertenaga untuk terus mengemudi Pas sebagaimana yang menjadi harapan ramai pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hadi pada 16 Mei lalu selamat menjalani pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN).

Untuk sementara waktu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan dirinya akan memangku tugas-tugas Abdul Hadi berikutan beliau menjalani rawatan berhubung masalah jantung yang dihadapi beliau.

Sepanjang tempoh pemulihan, Abdul Hadi ditempatkan di wad hospital, bagi memastikan tahap kesihatannnya kembali pulih.

– Sundaily

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2saQpwz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News