Selasa, 20 Jun 2017

Kecewa Dengan Pihak Pengurusan

Kecewa Dengan Pihak Pengurusan

Salam. Thankyou admin sudi siarkan confession aku. Aku Nina berumur 22 tahun, berasal dari utara.

Baru-baru ni aku dapat panggilan kerja dari satu syarikat. Syarikat ni ada 18-20 cawangan tak silap aku. Bila dapat berita ni ofcourse laa aku happy. Sebab aku memang dah lama tunggu . Tapi tempat kerja aku ni memang jauh dan kena berpindah dari rumah aku. Aku okay jela kan sebab bukan senang nak dapat kerja sekarang. Seminggu sebelum nak lapor diri, aku dah siapkan segala barang-barang, medical check up pun dah buat. Rumah sewa pun dah cari. Rumah sewa dengan tempat kerja aku ni memang dekat dgn stesen LRT. So, aku takyah pening-pening nak fikir dah sebab aku memang bergantung dengan public transport je

3 hari sebelum aku lapor diri, family aku dah hantar aku . Kesian aku tengok dorang susah payah angkat barang aku. Dahla rumah aku ni takde lift, terpaksa laa naik tangga sampai ke tingkat atas. Dahla bulan puasa pulak tu. Nasib baik ade boyfriend aku boleh tolong sekali. Aku mintak tolong dia sebab rumah dia tak jauh dari rumah sewa aku.

Esok tu aku dapat panggilan dari syarikat tu, pegawai HR bagitau aku dorang terpaksa tangguh tarikh lapor diri. Then, pegawai tu kata dia akan call minggu depan. Time tu aku tergamam, taktahu nak kata apa. Aku bersangka baik jela mungkin ada masalah sikit. Aku bagitau boyfriend aku sebab time tu kami tengah keluar beli barang. Dia suruh aku call balik syarikat tu. Bila aku call balik tak angkat. Banyak kali pulak tu aku call. Tetiba aku teringat yang pegawai tu penah whatsapp aku dulu. So, aku pun terpaksa whatsapp pegawai tu walaupun nampak tak proper kan. Aku tanya dia untuk kepastian, pegawai tu cuma cakap dia akan call secepat mungkin. Aku risau laa kalau tetiba tak jadi kerja.

Bila jadi camtu aku kecewa laa. Aku call mak aku bagitau perkara sebenar. Mak aku suruh balik rumah sementara nak tunggu panggilan tu. Mak aku risau aku kat sini sorang-sorang sebab housemate aku yang lain kerja, ada yang balik malam. Aku pun kemas barang-barang sikit terus suruh boyfriend aku hantarkan pergi stesen bas. Barang yang lain aku tinggal je dekat rumah sewa.

Aku ada jugak call tanya bila tarikh lapor diri. Pegawai tu boleh cakap itu semua hal pihak pengurusan. Dia takleh kata apa-apa. Tiap-tiap hari aku tunggu panggilan daripada syarikat tu. Tapi hampeh takde pulak dorang nak call. Bila lelama jadi camni aku bengang, sakit hati semua adalah. Dah lama sangat aku tunggu, tapi dorang boleh buat senyap. Yang aku terkilan, bagitau la atleast seminggu awal, bukannya 2 hari nak masuk baru bagitau. Rugi la aku dah bayar sewa, deposit semua padahal aku sempat duduk sehari je. Dahla sewa sekarang ni mahal

Boleh dikatakan hari-hari aku nangis bila jadi camni. Aku kecewa sebab memang impian aku nak bagi mak ayah aku merasa duit gaji aku. Aku nak ringankan beban dorang. Aku sanggup tak sambung belajar walapun aku dapat offer. Sebab aku nak cari duit dulu. Aku buat semua ni untuk mak ayah aku.

Tadi aku try call lagi syarikat tu. jawapan tetap sama. Dah hampir sebulan aku tunggu jawapan. Ayah aku kesian tengok aku jadi camni, ayah aku suruh tarik diri jela. Sebab membazir duit aku nak bayar sewa. Memang tak patut dorang buat aku camni. Atleast inform la kalau ada masalah. Bukannya diam je. Aku jeles bila tengok kawan- kawan lain semua dah berkerja. Aku ada juga apply kerja tempat lain, tapi belum ada rezeki lagi.

Doakan aku dapat kerja secepat mungkin!

-Nina

NINA

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tItjKK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News