Isnin, 5 Jun 2017

Keith Foo Namakan Anak Skylar

PELAKON popular Keith Foo, dan isterinya, Kim Raymond, menamakan anak perempuan sulung mereka sebagai Skylar Raymond Foo.

Bayi itu dilahirkan pada pukul 8.42 pagi, 30 Mei lalu di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor.

Bagaimanapun sehingga ini, pasangan berkenaan belum menayangkan wajah si kecil kepada umum.

“Kehadirannya cukup bermakna kepada kami. Dia sememangnya menambahkan lagi seri dalam kehidupan saya dan isteri.

“Saya sendiri bagai tidak percaya kerana kini mempunyai ‘kekasih’ baharu selain isteri. Namun, kehadirannya jelas melengkapi lagi kehidupan kami berdua.

“Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata kegembiraan yang dirasakan sejak kehadiran Skylar,” katanya.

Terdahulu, pelakon yang terkenal menerusi drama Ariana Rose itu berkongsi kegembiraan beliau di Instagram dengan menunjukkan tangan bayin mereka menggenggam jari isterinya.

Hari ini, aktor berkenaan memuat naik pula gambar dirinya memangku Skylar, tanpa menunjukkan wajahnya.

Sementara itu, pada awal kelahiran anak perempuannya, Kim menerusi laman sosial peribadinya memuat naik puisi yang cukup bermakna menggambarkan kebahagiaan mereka berjudul When Two became Three.-MYNEWSHUB.CC

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qSdIvh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News