Selasa, 6 Jun 2017

Keith Foo Namakan Anak Sulung Skylar

Pelakon Keith Foo dan isterinya Kim Raymond telah memilih nama Skylar Raymond Foo buat anak perempuan sulung mereka yang dilahirkan pada 30 Mei lalu. Menurut Keith, kehadiran Skylar melengkapi kehidupan mereka suami isteri dan menambahkan lagi kebahagiaan keluarga mereka.

Kehadirannya cukup bermakna kepada kami. Dia sememangnya menambahkan lagi seri dalam kehidupan saya dan isteri. Saya sendiri bagai tidak percaya kerana kini mempunyai kekasih baharu selain isteri. Namun, kehadirannya jelas melengkapi lagi kehidupan kami berdua. Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata kegembiraan yang dirasakan sejak kehadiran Skylar.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Keith masih belum bersedia untuk berkongsi wajah anaknya itu kepada umum.

Kegembiraan menimang cahaya mata memang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Harapnya sedikit masa nanti Keith sudi untuk mendedahkan wajah anaknya dengan umum kerana peminatnya sudah tidak sabar untuk melihat wajah comel Skylar.

Sumber Berita : BH ONLINE

Sumber: Beautifulnara



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rF2CXm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News