Selasa, 20 Jun 2017

Kes Dera Zulfarhan Guna Seterika Stem Air Lebih Kejam Dari Guna Air Panas

Malaysia telah digemparkan dengan satu kes dera melibatkan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Mangsa iaitu Zulfarhan telah didera dengan pelbagai cara seperti dipukul dengan tali pinggang, getah paip dan dipukul beramai-ramai. Tetapi yang paling menyayat hati mereka menggunakan sterika stim untuk mendera Zulfarhan.
Keadaan air yang mempunyai tenaga haba yang tertinggi adalah pada keadaan stim. Seperti mana kita tahu takat didih bagi air tulen adalah 100 darjah celcius. Dan selepas 100 darjah celcius, air akan berubah kepada stim air yang suhunya melebihi 100 darjah celcius.
Mungkin ada yang mengatakan penderaan menggunakan air panas sudah teruk. Tetapi penderaan menggunakan stim daripada sterika stim adalah berganda lebih teruk berbanding menggunakan air panas. Ini kerana stim air boleh mencecah suhu yang sangat tinggi melebihi 300 darjah celcius malah boleh lebih lagi daripada itu.
Jika Zulfarhan menggunakan pakaian sekalipun ketika didera, stim air tersebut boleh menyerap ke dalam pakaian dan mencederakan kulit si mangsa. Inikan jika bajunya dibuka, sudah tentu kecederaannya lebih serius.
Graf menunjukkan suhu stim yang melebihi 100 darjah celcius
Dan seperti yang dilaporkan di dalam berita, kebakaran yang berlaku pada Zulfarhan adalah pada tahap ke tiga(third degree burn) melibatkan 80% daripada badannya.
Kulit manusia
Kulit merupakan organ terbesar bagi sesuatu organisma. Ia berfungsi untuk melindungi badan daripada jangkitan kuman melalui kulit, mengelakkan kehilangan air daripada badan, mengawal suhu badan, penghasilan vitamin D, deria sentuhan dan deria sakit.
Kulit terdiri daripada 3 lapisan iaitu epidermis, dermis dan hypodermis. Reseptor sakit iaitu saraf yang mengesan perasan sakit pula terletak di bahagian epidermis dan dermis. Selalunya jika kulit melecur sehingga sampai ke bahagian hypodermis, orang tersebut tidak akan merasa kesakitan ditempat yang melecur kerana reseptor sakit telah pun rosak ketika itu.
Gambar yang menunjukkan lapisan kulit
Kebakaran tahap ke-tiga(third degree burn)
Kebakaran yang melibatkan lecur pada kulit boleh dibahagikan kepada 3 tahap.
1) Tahap pertama: Hanya melibatkan bahagian epidermis sahaja. Kulit akan kelihatan kemerah-merahan. Ia akan menyebabkan kesakitan
2) Tahap ke-2: ia melibatkan bahagian permukaan dermis ataupun sampai ke lapisan dalam dermis. Kulit pada ketika itu kemerah-merahan dan mempunyai vesikel air. Pesakit masih lagi merasa sakit pada bahagian yang melecur
3) Tahap ke-3: kebakaran sehingga memusnahkan keseluruhan lapisan dermis. Pada ketika ini, kulit tersebut tidak akan merasa kesakitan
Untuk kes Zulfarhan, majoriti melecur pada badannya adalah pada tahap ke-3 iaitu sehingga merosakkan lapisan dermis secara keseluruhan. Yang kelihatan hanyalah lapisan hypodermis yang berwarna coklat keputihan. Mungkin pada ketika itu, Zulfarhan sudah tidak merasa kesakitan lagi. Tetapi ia akan mendedahkannya kepada komplikasi yang lain
Komplikasi
Perkara yang pertama jika kes seperti ini sampai ke hospital, selalunya doktor akan memasukkan air ke dalam saluran darah kerana kes melecur seperti ini akan menyebabkan pesakit kehilangan air dengan banyaknya. Ini kerana lapisan yang paling luar iaitu lapisan epidermis merupakan lapisan yang tidak telap air. Ia berfungsi untuk menghalang kehilangan air daripada badan.
Tetapi apabila lapisan tersebut dirosakkan, maka air senang tersejat daripada badan dan menyebabkan pesakit dehidrasi.
Bukan itu sahaja, bahagian kulit epidermis juga berfungsi untuk melindungi badan daripada jangkitan kumann. Ketika mana, lapisan tersebut hilang, kuman dengan senangnya akan masuk ke dalam badan melalui kulit yang terdedah itu.
Zulfarhan mungkin pada awalnya mengalami dehidrasi yang teruk tetapi dia masih mampu bertahan hingga 2 minggu. Kemungkinan besar pada minggu ke-dua, kuman telah pun memasuki kulitnya yang terdedah menyebabkan keadaannya bertambah teruk dan meninggal dunia.
Kes ini mungkin kes yang jarang berlaku. Tetapi iktibar perlu diambil agar kejadian buli dan dera seperti ini tidak berlaku lagi

Kami juga mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Zulfarhan di atas kejadian tersebut.

Sumber : Root Of Science



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sLdKEL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News