Selasa, 6 Jun 2017

Kit Pembangun Xbox Project Scorpio Microsoft Diperlihatkan – Hadir Dengan 24GB Memori GDDR5 Dan Skrin Kecil Terbina

Beberapa bulan dahulu, Microsoft mengumumkan spesifikasi dalaman konsol permainan video Xbox Project Scorpio mereka, yang hadir dengan beberapa komponen yang dinaik-taraf untuk mengandungi CPU 8-teras, GPU AMD Radeon dengan 40 compute units dan sebagainya.

Produk tersebut bakal diumumkan oleh Microsoft di acara Electronic Entertainment Expo (E3) minggu depan, tetapi nampaknya pihak Microsoft sekali lagi menunjukkan perkakasan yang baru melalui kit pembangun Project Scorpio mereka.

Kit pembangun ini mempunyai beberapa perbezaan dari segi spesifikasi dalaman dan juga rekaan luarannya yang membuatkannya agak berbeza daripada unit jualan umum yang akan hadir tidak lama lagi. Pertama sekali ialah kit pembangun ini hadir dengan empat compute unit yang lebih banyak daripada Project Scorpio (44 vs 40), dan mempunyai memori GDDR5 sebanyak 24GB, berbanding dengan 12GB yang hadir pada unit jualan tersebut. Selain dari itu, kit pembina ini juga akan hadir dengan SSD bersaiz 1TB di samping cakera keras bersaiz 1TB untuk mempercepatkan lagi kadar pemindahan data unit tersebut.

Di bahagian hadapan kit pembangun ini terdapat beberapa butang yang boleh diprogram untuk mengakses pelbagai jenis ciri-ciri permainan video yang sedang dibangunkan secara mudah.

Satu lagi penambahan yang membuatkan kit pembina ini sangat menarik ialah penggunaan skrin paparan yang terbina didalamnya, yang boleh digunakan dengan pelbagai cara, termasuklah melihat permainan video yang sedang dijalankan, kadar bingkai, dan sebagainya. Pembangun-pembangun juga boleh memprogramkan paparan tersebut untuk menunjukkan pelbagai jenis aktiviti yang lain.

Ia juga mempunyai sebuah NIC (Network Interface Controller) yang membolehkan pembangun permainan video melihat trafik debug yang memudahkan proses debugging dilakukan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sbMBuX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News