Isnin, 19 Jun 2017

Lagi Mayat Ditemui Dalam Kejadian Tembak Di Pattani

PATTANI – Pihak berkuasa Thailand menemui satu lagi mayat remaja yang ditembak penyerang tidak dikenali ketika berburu di Kampung Tolang, Yaring di wilayah bergolak itu pagi semalam.

Penemuan mayat remaja lelaki berusia 13 tahun itu kira-kira 10 pagi tadi waktu tempatan, menjadikan angka korban insiden tembakan itu kepada tiga orang.

“Mayat mangsa yang hilang itu ditemui kira-kira 120 meter daripada tempat kejadian. Terdapat kesan tembakan di bahagian badan dan kepala mangsa,” kata Ketua Polis Yarang Kol Monteri Kongwadmai hari ini.

Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan tentang motif kejadian yang berlaku pada 11.50 pagi itu, dan telah menemu ramah dua remaja yang terselamat dalam kejadian tersebut.

Kedua-dua remaja yang terbunuh semalam berusia 18 dan 19 tahun, dan katanya kesemua remaja itu berasal dari Panarek, Pattani. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tBR0o2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News