Selasa, 6 Jun 2017

Lelaki mengamuk tembak mati lima bekas rakan sekerja

ORLANDO - Seorang bekas anggota tentera yang dipecat daripada tempat kerjanya April lalu, bertindak menembak mati lima bekas rakan sekerjanya dalam insiden tembakan di Orlando, Amerika Syarikat semalam.

Ketika kejadian, John Robert Neumann Jr., 45, yang bersenjatakan senapang semi automatik dan pisau menyerbu masuk ke kilang bekas tempat kerjanya itu yang juga merupakan pengeluar kenderaan.

Dia kemudiannya melepaskan beberapa tembakan secara rambang ketika semua pekerja mahu memulakan tugas masing-masing.

Ketika kejadian, 12 petugas berada di dalam premis, tujuh daripada mereka terselamat.

Kebanyakan mangsa mati ditembak di kepala dan cedera teruk di bahagian badan.

Selepas melepaskan tembakan, suspek kemudiannya membunuh diri.

Polis bagaimanapun tidak mengaitkan insiden ini dengan serangan pengganas dan siasatan masih dijalankan. - Agensi


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qVCMBw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News