Isnin, 5 Jun 2017

Libas parang ke arah polis

POLIS terpaksa melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki yang cuba merempuh anggota dalam sekatan jalan raya di Jalan Besar Ayer Tawar di Manjung, hari ini.

Dalam kejadian 5 pagi itu, suspek berusia 50 tahun terbabit enggan memberhentikan motosikalnya ketika diminta anggota bertugas.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, tiga anggotanya kemudian cuba mengejar suspek dengan menunggang motosikal.

Menurutnya, ketika dihampiri suspek bertindak membaling satu beg plastik yang mengandungi peralatan pecah rumah ke arah anggota dan terkena lengan kiri salah seorang anggota.

"Ketika di kawasan Kampung Banjar, Ayer Tawar, suspek melibas sebilah parang ke arah anggota berkali-kali.

"Anggota bertindak melepaskan satu das tembakan ke arah suspek dan menyebabkan lelaki itu terjatuh dari motosikal ditunggangnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, suspek cedera di lutut kanan dan pemeriksaan pada poket baju lelaki itu menemui lima paket lutsinar dipercayai dadah jenis heroin seberat 6.5 gram dan sepaket dadah dipercayai syabu seberat 0.2 gram.

"Turut dirampas sebilah parang serta sebuah pam air yang diikat pada bahagian belakang motosikal. Pemeriksaan pada Honda EX5 yang ditunggang suspek mendapati nombor pendaftaran motosikal itu diganggu usik dan tidak mempunyai rekod nombor casis.

"Suspek mempunyai sembilan rekod lampau membabitkan pecah rumah dan kecurian di Sitiawan, Sungkai, Kampar, Batu Gajah dan Tapah," katanya.

Katanya, suspek juga positif dadah dibawa ke Balai Polis Ayer Tawar dan dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2svbiQv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News