Isnin, 5 Jun 2017

Majoriti Bank Utama Wallstreet Melihat The Fed Menaikkan Kadar Minggu Depan

Bank-bank utama di Wallstreet sepakat dan percaya Federal Reserve akan menaikkan kadar faedahnya dalam mesyuarat bulan depan. Tetapi data-data terkini US menunjukkan mereka berbeza pendapat tentang apa yang akan dilakukan oleh The Fed selepas kenaikan tersebut seperti yang ditunjukkan oleh tinjauan Reuters.

Data pekerjaan pada Jumaat menunjukkan tambahan pekerjaan yang mengecewakan pada Mei, walaupun kadar pengangguran semakin baik yang berkurangan kepada 4.3%. Penganalisis ekonomi di beberapa bank melihat bacaan tersebut sudah cukup untuk menaikkan kadar untuk kali kedua tahun ini.

“Laporan secara keseluruhan menunjukkan pasaran pekerjaan yang semakin ketat (baik) dan sepatutnya mengukuhkan keputusan kenaikan kadar Jun,” kata Mark Doms, penganalisis di Nomura Securities International, salah satu daripada 23 bank yang banyak berurusan dengan The Fed.

Tinjauan yang dibuat ke atas 18 bank utama di Wallstreet pada Jumaat menjangkakan The Fed akan menaikkan kadarnya kepada 1.25% pada mesyuarat 13-14 Jun.

Selepas daripada kenaikan tersebut, 10 daripada bank utama ini menjangkakan The Fed akan menaikkan kadar sekali lagi pada mesyuarat September. Manakala enam daripada 23 berpendapat bank pusat akan menaikkan kadar kali keempat tahun ini pada Disember.

Petunjuk ekonomi Core-PCE (perbelanjaan penggunaan peribadi) yang merupakan data inflasi pilihan utama The Fed semakin perlahan kepada 1.5% dalam jangka masa 12 bulan sehingga April. Ini merupakan data terendah dari tahun ke tahun sejak Disember 2015 dan di bawah sasaran inflasi 2%.

Semua bank utama ini juga menjangka bank pusat akan mengumumkan perancangan pengurangan $4.5 trillion dalam penyata imbangannya hujung tahun ini.

“Kita bakal mendapat kenaikan kadar pada Jun. Selepas itu kita kita akan banyak bergantung kepada data,” kata Brian Edmonds, ketua dagangan kadar di Cantor Fitzgerald.

The post Majoriti Bank Utama Wallstreet Melihat The Fed Menaikkan Kadar Minggu Depan appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rs9x7X

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News