Isnin, 5 Jun 2017

Masih Ada Peniaga Tak Pamer Harga Jualan Di Bazar Ramadan

BESUT – Masih terdapat segelintir peniaga di bazar Ramadan di sini tidak mempamerkan harga jualan meskipun telah diarahkan sebelum ini, kata Ketua KPDNKK Cawangan Terengganu Utara, Abdul Razak Yahaya.

Katanya, kedegilan peniaga boleh menyebabkan mereka dikenakan kompaun dan sepatutnya ia tidak berlaku kerana telah diberi peringatan sejak awal Ramadan bagi memudahkan pembeli membuat pilihan serta mengelakkan penipuan dan kenaikan harga makanan.

“Kompaun sebanyak RM100 boleh dikenakan kepada peniaga yang ingkar mematuhi arahan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan mengejut di bazar Ramadan Bandar Jertih di sini semalam.

Sementara itu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Mohd Hushairi Mokhtar berkata pemeriksaan ke atas makanan di bazar Ramadan mendapati tiada pihak yang menjual makanan lama.

Katanya, setakat ini juga tiada kes keracunan dilaporkan di daerah Besut membabitkan kes keracunan mahupun makanan yang telah basi di bazar Ramadan. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rrKcuO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News