Selasa, 20 Jun 2017

Mayat Lelaki Kurang Siuman Terjun Sungai Pahang Ditemui Terapung

TEMERLOH – Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Pahang kelmarin ditemui terapung berhampiran Kampung Batu Bor, Bera dekat sini, hari ini.

Timbalan Komander Operasi Zon Timur Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Mohd Arshad Abdullah berkata mayat Othman Wahid, 44, ditemui pasukan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 11.06 pagi.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian. Mayat dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kelmarin, Othman yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Pahang dari atas Jambatan Sultan Ahmad Shah Temerloh di sini.

Bapanya Wahid Kadir, 84, berkata anak sulungnya daripada 11 beradik itu dipercayai kurang siuman dan kali terakhir dilihat di rumah di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau di sini pada Sabtu lepas. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sv3kqS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News