Ahad, 18 Jun 2017

Melaka Bebas Penyakit Hawar Berdarah

ALOR GAJAH – Kerajaan negeri belum menerima sebarang laporan mengenai wabak penyakit Heamoragic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah yang menyebabkan kematian 340 lembu dan kerbau di Terengganu, baru-baru ini.

Pengerusi Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Hasan Abdul Rahman berkata, bagaimanapun kerajaan negeri memandang serius akan perkara itu serta mengambil langkah berjaga-jaga dengan meminta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengawal kemasukan lori yang membawa bekalan lembu dari luar Melaka.

“Selain itu, kita juga bekerjasama dengan penternak di sini bagi memastikan wabak berkenaan tidak menular ke negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Promosi Ikan Segar Beku Q-Fish peringkat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia negeri di tapak pasar tani di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hasan berkata kerajaan negeri turut memberi jaminan bahawa bekalan daging termasuk daging lembu dan ayam mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri nanti.

“Kita telah meluluskan sebanyak 150 permohonan bagi permit penyembelihan dan ia dijangka bertambah kepada kira-kira 200 permohonan menjelang Syawal,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sG0Bh2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News