Sabtu, 10 Jun 2017

Mengapa Rakyat Malaysia Lebih Gemar Makan Ikan Laut Berbanding Ikan Ternakan?

Mengapa Rakyat Malaysia Lebih Gemar Makan Ikan Laut Berbanding Ikan Ternakan?

Rakyat Malaysia adalah pengguna keenam terbesar makanan laut di peringkat global dengan 56.5 kilogram perkapita. (Gambar: WWF - Malaysia)

Satu kajian yang dijalankan Dana Sedunia Alam Semula Jadi Malaysia (WWF - Malaysia) berhubung persepsi makanan laut di negara ini melibatkan kira-kira 12,000 respondan dari 24 sehingga 28 Mei lalu mendapati 77.9 peratus daripada mereka berpandangan rasa ikan laut lebih enak berbanding ikan ternakan.

Bagaimanapun, hasil kajian itu mengusarkan WWF - Malaysia terhadap usaha untuk menangani kekurangan ikan di laut memandangkan laporan Organisasi Makanan dan Pertanian menunjukkan rakyat Malaysia antara yang paling ramai makan makanan laut.

Pengguna Malaysia suka ikan mana sebenarnya?

Menurut laporan pada tahun 2013 itu, rakyat Malaysia adalah pengguna keenam terbesar makanan laut di peringkat global dengan 56.5 kilogram (kg) perkapita.

Pengurus Kelestarian Makanan Laut WWF - Malaysia, Chitra Devi menyatakan maklum balas positif diterima apabila 71 peratus daripada respondan terbabit menukar persepsi mereka bahawa tekstur daging ikan ternakan boleh diterima selepas melalui kajian tersebut.

Sebanyak 1,300 kg ikan ternakan digunakan dalam kajian yang berlangsung selama lima hari di pusat membeli belah 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini untuk mengajak orang ramai bertukar kepada produk makanan laut yang lebih mampan. Ikan ternakan yang terlibat dalam kajian itu adalah siakap, kerapu dan bawal emas daripada AIP Majlis Pengawasan Marin (MSC) dan tiga jenis ikan lain daripada Kumpulan Goh Siong Tee (GST) dan Trapia.

"Hasil kajian menunjukkan 58.4 peratus daripada responden berpendapat ikan ternakan mempunyai tekstur daging lebih baik daripada ikan laut yang ditangkap.

"Ia adalah baik untuk melihat bahawa lebih ramai pengguna bersedia untuk menyokong ikan yang diternak secara mampan kerana ia boleh menjadi penyelesaian kepada stok ikan liar yang semakin berkurangan," katanya.

Orang ramai mencuba ikan ternakan dalam kajian yang diadakan di pusat membeli belah 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Peranan masyarakat sebagai pengguna

Sementara itu, kenyataan WWF - Malaysia menyatakan orang ramai selaku pengguna memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan kerana permintaan daripada pengguna mendorong kepada industri makanan laut.

Justeru, WWF - Malaysia berharap dapat mengubah permintaan pasaran dengan menggunakan kuasa orang ramai untuk menjadi pengguna makanan laut bertanggungjawab menyokong kelestarian makanan laut.

Satu tinjauan pasaran turut dijalankan WWF - Malaysia baru-baru ini untuk mengetahui tentang faktor utama yang mempengaruhi penerimaan pengguna terhadap makanan laut.Hasil kajian itu mendapati aspek kesegaran dan rasa merupakan faktor kritikal makanan laut bagi pengguna, masing-masing pada kadar 56.5 and 43.5 peratus.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sMXfFK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News