Selasa, 6 Jun 2017

Menghina Mendiang Ayah Watson Nyambek Azizul Ammar Didakwa Hari Ini

Inilah yang dikatakan sebagai kerana mulut badan binasa, niat yang pada mulanya hanya ingin bergurau telah melukakan hati banyak pihak

Inilah yang dikatakan sebagai kerana mulut badan binasa, niat yang pada mulanya hanya ingin bergurau telah melukakan hati banyak pihak menyebabkan tindakan undang-undang di ambil bagi memberikan pengajaran kepada semua.

Susulan kejadian di mana seorang pengacara yang dikatakan bergurau dengan cara melampaui batas dan menganggap ianya bukanlah satu gurauan tetapi satu penghinaan kepada orang yang telah pun meninggal dunia.

Bekas pengacara sebuah program TV yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana menghina Watson Nyambek selepas didakwa membuat kenyataan mempersendakan mendiang ayah bekas jaguh pecut negara itu.

Azizul Ammar, 50, dari Segambut, Kuala Lumpur didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dengan niat yang disengajakan untuk mencetuskan gangguan keamanan.

Penerbit program, Abdul Ghani Mohd. Mokhtar, 41, turut didakwa di atas kesalahan sama.

Jika disabitkan bersalah, hukuman penjara maksimum dua tahun, denda, atau kedua-duanya.

Majistret, Saiful Sayoti membebaskan kedua-duanya dengan ikat jamin RM3,500 dengan masing-masing seorang penjamin.

Beliau turut mengarahkan kedua-dua mereka hadir ke mahkamah pada 4 Julai depan untuk pra perbicaraan.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 11.30 malam pada 22 Mei di Hotel Medan.

Azizul didakwa mempersendakan nama Watson Nyambak dengan bunyi seekor kambing semasa program komedi Sukan Tak Sentral yang disiarkan di TV3. – AFP



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGwaEk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News