Selasa, 6 Jun 2017

Militan Daesh Tawan Wanita Sebelum Dibunuh Polis Australia


MELBOURNE – Polis Australia menembak mati seorang lelaki bersenjata yang menahan seorang wanita sebagai tebusan di sini, perbuatan yang disahkan memang didalangi oleh militan Daesh.

Susulan insiden terbaharu itu, Australia, sekutu kuat Amerika Syarikat (AS) dan tindakannya yang semakin tegas terhadap Daesh, sudah berada dalam keadaan berjaga-jaga peringkat tinggi terhadap serangan tidak dijangka.

Pihak keselamatan mendakwa beberapa siri serangan berdarah kemungkinan besar bakal dilancarkan oleh ramai militan tempatan yang baru pulang daripada menyertai Daesh di rantau Timur Tengah atau penyokong mereka.

Dalam kejadian terkini, tiga pegawai polis turut cedera ketika pertempuran sengit yang berlangsung selama lebih sejam di sebuah apartmen mewah pinggir bandar di Brighton, menurut kenyataan polis kepada pihak media.

Terdahulu, seorang lagi lelaki dijumpai mati akibat ditembak. Polis Victoria cuba berunding dengan lelaki yang berada di dalam pangsapuri tersebut, menurut mereka dalam satu catatan menerusi laman Twitter rasmi.

Pihak polis menambah, mereka percaya ada seorang wanita sedang berada bersama-sama dengan lelaki itu dan suspek dikatakan enggan melepaskan mangsa tersebut sekali gus menjadikannya sebagai tebusan hampir dua jam.

Media melaporkan insiden bermula jam 4 petang Isnin waktu tempatan apabila pihak polis datang ke kediaman itu setelah menerima laporan penemuan mayat tidak dikenali dengan kesan tembakan di lobi bangunan berkenaan.

Wanita tersebut berjaya menyelamatkan diri selepas suspek secara tiba-tiba melepaskan tembakan rambang yang mencederakan tiga pegawai polis apabila rundingan menemui jalan buntu sebelum dia kemudian ditembak mati.

Polis bagaimanapun tidak memberi penjelasan lanjut. Siasatan lanjut sedang dijalankan ketika ini bagi mengenal pasti sama ada insiden terbabit mempunyai kaitan langsung dengan aktiviti keganasan luar atau kes terpencil.

Pihak Daesh dalam pada itu mengesahkan pembabitan salah seorang militannya melancarkan serangan dramatik tersebut disebabkan penglibatan aktif Australia dalam perikatan yang dipimpin AS di rantau Asia Barat.

“Serangan di Melbourne, Australia dilancarkan oleh seorang militan Daesh sebagai respons terhadap gesaan supaya menyasarkan rakyat dari negara-negara yang terlibat dalam perikatan AS,” menurut agensi berita Daesh, Amaq.

Terdahulu, organisasi tersebut turut mengesahkan penyerang Daesh bertanggungjawab dalam serangan berdarah di London lewat Sabtu yang mengorbankan tujuh orang dan mencederakan 48 mangsa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rv97xy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News