Jumaat, 9 Jun 2017

Misteri Kematian Nike Ardilla

19 Mac 1995, tarikh kematian seorang legenda yang cukup terkenal suatu ketika dahulu yang berasal dari negara seberang, Nike Ardilla. Maknanya, tiga hari lagi genap 22 tahun sudah pemergian beliau.

Nike Ardilla disemadikan di Kompleks Pemakaman Keluarga di Desa Imbanegara, Ciamis. Para pengunjung mendakwa kadang kala terlihat kelibat seperti Arwah Nike Ardilla berjalan-berjalan di kawasan perkuburan tersebut.

Untuk pengetahuan, kawasan perkuburan Nike Ardilla ada tempat penginapan, kadang kala pengunjung disitu di ganggu dengan bunyi orang mandi dalam bilik air atau ternampak seorang perempuan dengan muka tertutup berambut panjang.

Hasil penemuan dari Team Misteri Dua Dunia, Ustaz Hakim Bawazir mengatakan yang pergi takkan kembali lagi. Yang ada mungkin sekumpulan Jin Pengganggu yang berada di Kompleks Makam terbabit.

Jin-jin itu meniru bentuk tubuh atau gaya Nike Ardilla dan merasuk ke dalam tubuh manusia yang jiwanya kosong yang suka mengelamun lantas mengaku sebagai Nike Ardilla.

Menurut Ustaz Hakim Bawazir lagi, diantara Alam Kubur dan Alam Kehidupan ada satu tembok atau dinding yang kuat (Barzakh) dimana dinding ini tidak mampu ditembus oleh orang yang telah mati.

Kita sering terdengar cerita roh orang meninggal yang merayau-rayau di tempat kemalangan atau di tempat yang pernah ditimpa tragedi seperti kawasan runtuhan Highland Tower mahupun tempat-tempat bencana seperti Tsunami. Apa-apa pun, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui.

Demikianlah sedikit info tentang penyanyi,pelakon dan model terkenal ni. Admin minat sangat lagu beliau. Semoga roh beliau tenang di samping orang-orang yang beriman.

Sedikit info tentang Nike Ardilla.

Nama : Raden Nike Ratnadilla

Nama Komersial : Nike Ardilla

Tarikh Lahir : 27/12/1975

Tarikh Mati : 19/03/1995

Lokasi Kematian : Jalan Riau (Dulu dikenali dengan R.S Martadinata)

Punca Kematian : Ok.. Sebenarnya ada beberapa versi tentang kematian Nike Ardilla.

Terbabit dalam kemalangan jalan raya selepas melanggar pintu masuk sebuah pejabat Syarikat Nata Usaha Abadi, kerana Nike cuba memintas kereta dihadapannya, tiba-tiba ada satu kereta yang laju datang dari bertentangan arah, memaksa Nike Ardilla terlebih membelok keretanya ke kiri sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Sebenarnya sebelum Nike Ardilla meninggal, ada krisis cinta tiga segi antara Nike Ardilla, Enno Sigit (Cucu Perempuan Soeharto bekas Pemimpin Indonesia) dan Tommy Nasution (Anak Lelaki Bekas Gabenor Sumatera, Khairudin Nasution).

Kemesraan Nike Ardilla dan Tommy Nasution pernah dilihat sendiri oleh Enno Sigit dan kawannya Ramon. Menurut Ramon, walaupun Enno tidak marah, tapi dari raut wajahnya jelas menunjukkan bahawa Enno tidak suka melihat ‘boyfriend’ dia sendiri ‘bercengkerama’ dengan perempuan lain, nak-nak pulak Tommy dan Enno dah ‘couple’ dekat 6 tahun.

Kemuncak Cinta Tiga Segi ini, apabila satu malam Enno Sigit dengan beraninya mengacu pistol tepat ke muka Nike Ardilla di M Club Diskotek (Disco) Blok M, Jakarta Selatan.

Selepas kejadian itu, Enno berhijrah ke London untuk belajar. Sewaktu diberitahu Nike Ardilla dah meninggal, Enno cuma menjawab “Bukan Saya Lho!”. Diorang pelik kenapa Enno jawab macam tu kan?

Tapi laporan polis kuat mengatakan, kematian Nike Ardilla bukanlah berunsur khianat. Ada yang mengatakan, polis sengaja berkata seperti itu kerana tidak mahu membabitkan Enno kerana Enno merupakan Cucu Soeharto, pada waktu itu Soeharto sangat berkuasa di Indonesia.

Peminat fanatik Nike Ardilla pula tidak dapat menerima kenyataan yang ‘Bintang Kehidupan’ mereka telah pergi meninggalkan mereka, maka cerita tentang Enno Sigit diadakan bagi menunjukkan kematian Nike Ardilla ada berunsurkan pembunuhan.

Sewaktu ditanya kepada Produser A Hon, “Adakah benar saat kematian Nike Ardilla dia sebenarnya mabuk?”… A. Hon dengan keras menjawab “Enggak.. enggak.. (tidak, tidak) Nike Ardilla tidak pernah mabuk.”

Rentetan dari ulasan A Hon, wartawan menyiasat ke Pusat-Pusat Hiburan yang pernah dikunjungi oleh Nike Ardilla seperti Disco, Pub melalui bil yang dibayar oleh Nike, mereka mendapati Nike Ardilla tidak pernah memesan minuman keras (Alkohol).

Ada saksi yang terlihat kereta Nike Ardilla dihimpit oleh Hard Top Merah yang menyebabkan kereta Nike Ardilla terlibat kemalangan.

Tapi dalam laporan polis, memang tiada cerita berkenaan Hard Top Merah nih, yang ada dalam laporan polis ialah sebuah ‘Taft’ yang laju yang datang dari depan menyebabkan Kereta Genio milik Nike Ardilla terpusing stereng terlalu kekiri dan terpelanting lalu terlanggar tembok.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rQdxh0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News