Bagi seorang wanita, isteri dan ibu yang berkerjaya pasti memerlukan pertolongan penjaga kanak-kanak bagi menjaga anaknya yang masih kecil ketika dia sedang menjalankan tugas mencari rezeki.
Namun begitu hati nulari ibu ini sentiasa risau akan keadaan anaknya itu walaupun dia telah menghantar anaknya itu kepada penjaga.
Saya ingin kongsikan kisah saya yang fobia dengan kejadian yang menimpa anak saya walaupun bagi semua orang itu bukanlah sesuatu yang teruk sangat sampai saya fobia nak menghantar anak ke penjaga.
Kisah ini bermula ketika anak saya baru berusia dua bulan, disebabkan taraf hidup yang semakin meningkat ini pastinya jika seorang sahaja berkerja dalam keluarga tidak akan mencukupi untuk menanggung keperluan hidup kami sekeluarga.
Jadi saya mengambil keputusan untuk keluar bekerja bagi membantu meringankan beban yang suami saya tanggung. Maklumlah bila ahli keluarga bertambah pasti belanja pun akan bertambah.
Pada mulanya saya pun takut juga nak menghantar anak ke penjaga sebab dah banyak saya dengar kanak-kanka kena dera ini.
Tapi saya cuba untuk buangkan rasa itu jauh-jauh, saya cari penjaga yang tidak menjaga ramai budak agar anak saya boleh di jaga dengan baik, itu pendapat saya.
Akhirnya saya jumpa seorang penjaga ini yang hanya menjaga seorang budak dan bila di tambah anak saya jadi dia cuma menjaga dua orang budak jadi saya beranilah nak hantar di situ.
Selepas seminggu menghantar anak saya di situ, saya puas hati sebab dia jaga anak saya dengan baik sekali.
Tetapi satu hari itu selepas saya bawa anak saya balik seperti biasa saya merasa pelik dengan anak saya ini yang menangis seperti lapar meminta susu tapi bila saya bagi susu kepadanya dia tidak mahu meminum malah bertambah kuat tangisan dia (untuk pengetahuan anak saya minum susu formula juga).
Hati saya ini dah tak sedap dah bila tengok keadaan bayi saya macam itu jadi saya pun belek seluruh badan anak saya itu takut ada kejadian dera ke mana tahukan.
Selepas diperiksa saya dapati tiada kesan dera atau apa-apa yang mencurigakan di tubuh badannya, jadi saya cuba melihat kedalam mulut dia takut ada yang tidak kena dengan mulut dia sebab dia tidak mahu minum susu yang saya buatkan (susu formula).
Alangkah terkejutnya saya bila mendapati di dalam mulut anak saya itu terlampau banyak kesan seperti ulser, jadi saya terus adukan perkara ini kepada suami.
Suami terus membawa kami anak beranak pergi ke klinik berhampiran,
Setelah diperiksa, doktor telah memberitahu bahawa mulut anak saya jadi macam itu disebabkan dia telah diberikan susu yang agak panas yang tidak dapat diterima oleh bayi yang seusianya.
Doktor itu cakap lagi kecederaan tersebut berlaku sehingga di bahagian kerongkong sebab itulah anak saya tidak mahu meminum susu yang saya bancuhkan kerana luka-luka di dalam mulutnya itu memberikan dia kesakitan yang tidak dapat dituturkan oleh bibir sekecil itu, yang mampu dia buat hanya menangis.
Keesokkan hari saya tidak menghantar anak saya seperti biasa ke penjaga tersebut, malah saya turut mengambil cuti bagi merawat anak saya sendiri.
Saya telah bertemu dengan penjaga tersebut dan bertanyakan keadaan anak saya itu, tapi jawapan yang keluar dari mulut dia amat mengecewakan.
Penjaga tersebut boleh memberikan alasan bahawa dia bagi susu itu suam-suam sama seperti yang dia berikan kepada anak-anaknya juga.
Oleh kerana tidak percaya maka saya suruh dia bancuhkan susu tersebut mengikut cara yang dia lakukan ketika menjaga anak saya.
Selepas siap di bancuh saya rasalah suhu susu tersebut, alangkah terkejutnya saya susu itu memang panas, inikah susu yang dia berikan kepada anak saya setiap hari.
Saya tdak menyangka langsung tergamak dia berikan susu panas begitu kepada anak saya yang masih kecil itu.
Bila saya cakap kenapa bagi susu panas macam ini, dengan bersahaja dia menjawab “Ala oklah suhu susu itu anak saya pun boleh minum.
Kerana jawapannya begitu dan demi anak saya memang saya dah tawar hati nak hantar dekat orang jaga lagi walaupun saya tahu bukan semua macam itu.
Saya ambil keputusan berhenti kerja dan menjaga anak saya sendiri sebab hati ibu manalah tidak sedih bila melihat permata hatinya tidak mampu untuk minum susu pun.
Bagi kaum ibu di luar itu, membantu suami meringankan beban bukanlah salah tapi prihatinlah dengan keadaan anak-anak, selidiklah dulu orang yang bakal menjaga anak kita sebelum menghantar anak kepada mereka supaya tidak terjadi masalah di kemudian hari.
Sumber
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sObJZu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News