Selasa, 20 Jun 2017

NAJIB TAK AKAN KARAM, KATA THE DIPLOMAT

Para pemimpin dalam sistem demokrasi Barat pastinya telah tersungkur, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjaya bertahan dalam mendepani skandal yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menurut The Diplomat.

Ini, kata majalah hal ehwal semasa antarabangsa itu, adalah kerana, di Malaysia, ahli politik ‘menari mengikut lagu yang berbeza’.

Dalam artikel bertajuk “The Unsinkable Najib Razak,” The Diplomat berkata, pihaknya menjangka Najib akan mengekalkan kekuasaannya selepas pilihan raya umum akan datang.

Ia ekoran penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mana penganalisis berkongsi kepada The Diplomat akan menjejaskan peluang pembangkang dalam pilihan raya tersebut.

“Umno pasti akan memenangi pilihan raya umum akan datang kerana adanya gabungan pembangkang yang berpecah-belah secara realistik ekoran gerrymandering,” kata Gavin Greenwood, penganalisis risiko Allan & Associates yang berpangkalan di Hong Kong.

Gerrymandering, dakwa majalah itu, adalah penting bagi kelangsungan Umno ekoran timbulnya isu 1MDB.

Gerrymandering merujuk kepada pengubahan sempadan pilihan raya untuk memberi kelebihan kepada parti tertentu.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2slcO9P

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News