Selasa, 6 Jun 2017

Nasa Mahu Hantar Prob Ke Matahari


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT: Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) akan menghantar sebuah prob ke matahari pada tahun hadapan.

Menurut laporan BBC, prob 'Parker Solar' yang dilengkapi pelindung solar karbon-komposit setebal 5 inci akan menyelidik atmosfera bintang berkenaan.

Prob setinggi 10 kaki berkenaan didakwa boleh bertahan dari suhu setinggi 1,400 darjah celsius dan radiasi melampau berbanding mana-mana kapal angkasa yang wujud kini.

Rekaan Parker Solar juga membenarkan instrumen di dalam prob berkenaan 'selesa' dalam suhu bilik ketika menghampiri matahai.

Ini merupakan kali pertama Nasa menghantar prob ke matahari dan menghampiri atmosferanya yang dikenali sebagai 'corona'.

Setibanya di matahari, Parker Solar dijangka mengorbit bintang berkenaan pada kelajuan 450,000 batu sejam.

Kelajuan tersebut bersamaan dengan seorang manusia bergerak dengan laju dari Philadelphia dan tiba di Washington, satu saat kemudian.

Misi tersebut dijangka berakhir pada 2025. - SH



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rF9wfj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News