Isnin, 5 Jun 2017

Nelayan Warga Myanmar Maut Dihempap Besi Roda Menarik Pukat

BESUT – Seorang nelayan warga Myanmar maut selepas dihempap besi roda untuk menarik pukat ketika bekerja di atas sebuah bot tempatan di perairan Pulau Perhentian di sini.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata mangsa hanya dikenali sebagai Kakla, berumur 20 tahun meninggal dunia pada pukul 11 malam, Sabtu lalu.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang membantu rakannya menarik pukat dari dalam laut ke atas bot dan secara tiba-tiba besi roda penarik pukat itu terputus lalu menghempapnya.

Mohd Zamri berkata mangsa meningal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Jeti Perikanan Tok Bali, Kelantan sebelum dipindahkan ke Hospital Daerah Besut hari ini untuk dibedah siasat.

Katanya, laporan kematian nelayan itu telah dihantar ke Kedutaan Myanmar dan pihak Interpol. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rrXaIU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News