Selasa, 20 Jun 2017

Netizen Salah Anggap Sheila Mahu Buat Janna Jadi Menantu

AKIBAT memuat naik gambar Janna Nick mesra dengan dua anak lelakinya di laman Instagram, niat Sheila Rusly itu telah disalah erti oleh netizen.

Gambar yang memaparkan Janna bersama-sama Uzair Haqimy dan Luth Mikhail itu disertakan dengan kapsyen ‘MyNyawa’ dan mengundang teka-teki di kalangan orang ramai yang menganggap pelakon comel itu bakal dijodohkan dengan salah seorang anaknya.

Janna, 22, pantas menafikan perkara ini dan berkata, hubungannya dengan keluarga Sheila ibarat sebuah keluarga.

“Memang tidak terlintas langsung soal ini di fikiran saya. Semua orang tahu kak Sheila tiada anak perempuan dan mempunyai dua anak lelaki.

“Jadi, dia melayan saya seperti anak perempuan yang lebih dekat dengannya,” katanya.

Bagi Janna, apabila anak-anak Sheila meningkat dewasa, mereka buat hal sendiri dan sebagai ibu, Sheila memerlukan seorang anak perempuan yang boleh dijadikan kawan yang boleh dibawa bercerita dan berkongsi apa saja.

“Saya memahaminya dan dia faham dengan saya. Apapun saya ambil itu sebagai satu perkara yang baik untuk mengeratkan silatulrahim antara kami.

“Ia satu anugerah buat saya di mana mereka sayangkan saya yang bukan darah daging mereka seperti saudara sendiri,” katanya.

Janna turut menolak dakwaan dirinya serasi jika dijodohkan dengan anak sulung Sheila kerana Haqimy lebih muda daripadanya dan baru berusia 21 tahun.

“Saya sudah anggap mereka seperti adik sendiri dan tiada apa-apa perasaan, tetapi andai dikatakan takdir dan ketentuan jodoh saya tidak boleh elak.

“Mana tahu suatu hari akan berlaku begitu, tapi buat masa sekarang inilah yang boleh saya katakan,” katanya.

Tapi melihat kemesraan antara Sheila dan Janna ini, memang persis adik dan kakak atau mak dan anak, kan?

Selain bekerjasama di dalam set penggambaran, hubungan mereka akrab seperti keluarga sendiri apabila kedua-dua mereka selalu dilihat saling usik-mengusik satu sama lain di Instagram masing-masing.MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tIn6P0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News