Cox’s Bazar: Anak kecil berlarian tanpa berpakaian, ada yang hanya berseluar pendek, ada yang dalam keadaan kurang sihat dan ada yang terpaksa memakai pakaian lembap dek kemusnahan akibat Taufan Mora yang melanda wilayah itu dari 25 hingga 30 Mei lalu.
Penduduk lelaki pula kelihatan sibuk menggeledah sampah-sarap untuk mencari plastik sampah yang masih boleh digunakan semula bagi membina penempatan mereka yang musnah.
Air mata penulis yang berkesempatan masuk ke kem pelarian Kutupalong di sini, hanya dalam tempoh 10 minit berlinangan, tatkala melihat kedaifan dan kemusnahan yang berlaku.
Dugaan yang datang ketika bulan mulia ini tidak sedikit pun melemahkan semangat mereka, malah ibadah berpuasa tetap dilakukan seperti biasa.
Tanpa menghiraukan kepenatan di bulan Ramadan, mereka mengerah keringat dan tetap cekal berusaha membersihkan semula kawasan kem yang musnah sepenuhnya akibat taufan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sKPcbG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News