Ahad, 18 Jun 2017

Operasi Cari Mangsa Hanyut Diteruskan

DUSUN TUA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan kejadian lelaki hanyut yang videonya tular di media sosial sejak petang semalam.

Malah usaha mengesan mangsa, Taufik Alias, 24 yang dikhuatirir lemas selepas hanyut dalam kejadian itu diteruskan hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohd Sani Harul berkata, operasi yang bermula malam tadi disambung pagi ini.

“Mangsa dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan di sungai berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua.

“Mangsa hanyut bersama motosikalnya dan mengikut pergerakan arus, mangsa mungkin hanyut ke Sungai Serai,” katanya.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut dikerahkan ke lokasi bagi membantu operasi pencarian.

Hujan lebat semalam menyebabkan paras air sungai berkenaan naik mendadak dengan arus deras. Mangsa dipercayai terjatuh ke sungai berkenaan ketika menunggang motosikal.

Video kejadian yang memaparkan mangsa terkapai-kapai dalam arus deras sungai berkenaan menjadi tular di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sCNaOc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News