Seperti yang diceritakan oleh FB Kamarul Ariffin Nor Sadan (LINK). Ketika beriktikaf sebentar di masjid selepas solat Asar tadi, aku beramah mesra dengan amil yang duduk di kaunter kutipan zakat di hadapan pintu utama masjid.
“Hari-hari buka ke kaunter ni?” soal aku.
“A’ah. Hari-hari. Selepas Zohor hingga selepas Asar.”
Selepas itu kami pun berborak rancak. Bertukar-tukar pendapat mengenai isu kesihatan. Tentang zakat. Tengah asnaf. Sesekali terhenti apabila ada yang datang untuk menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah.
“Ha! Cakap pasal kemampuan, saya ada satu cerita nak kongsi.” maklum si amil.
“Ceritalah” balasku.
Amil itu pun mulakan cerita— Pada hari kedua Ramadan, setelah selesai solat Asar, datang seorang lelaki kepadanya di kaunter kutipan zakat. Lelaki itu membayar zakat fitrah untuk dirinya lalu beredar.
Pada keesokan harinya, lelaki berkenaan datang lagi. Kali ini bayar zakat fitrah untuk seorang tanggungan. Setelah itu dia beredar.
Pada hari berikutnya, dia datang lagi. Bayar untuk seorang lagi tanggungan. Melihat tindakan itu, si amil pun mula rasa hairan. Maka ditanyakan soalan:
“Maaf ya, encik. Dua hari lepas, encik datang bayar zakat fitrah. Semalam pun bayar. Hari ini bayar lagi. Boleh saya tahu kenapa tak bayar sekaligus sahaja?”
Si amil menyangka jika lelaki berkenaan terlupa bahawa dia telah bayar semalamnya.
“Saya ni, diberi gaji harian. Tak banyak, tapi cukuplah nak sara makan minum berbuka keluarga tiap hari. Setiap hari ada baki cukup untuk bayar zakat fitrah untuk seorang. Jadi saya bayarlah apa yang ada dahulu.” jawap lelaki berkenaan.
“Kumpul dulu, bayar sekali harung. Mudah sikit.” saran si amil.
Lelaki itu tersenyum lalu berkata; “Tak susah pun. Hari-hari memang saya ke masjid ni. Lagipun saya tak berani nak tangguh-tangguh. Duit, selagi ada ditangan, mesti ada sahaja benda nak dibeli. Bahaya. Jadi, baik saya terus bayar apa yang ada ni. Lagipun, kita tak tahu bila kita nak pergi. Entah ada esok untuk kita ke tidak.”
Si amil tersenyum mendengar jawapan itu, lalu diambil butiran tentang lelaki itu. Lelaki itu ada empat tanggungan dibawahnya, termasuk emak, isteri dan dua orang anak. Diserahkan maklumat itu kepada Baitulmal.
“Orangnya tak berada, tapi mewah dengan iman.” kata si amil menamatkan ceritanya.
Mendengar kisah itu, tertusuk rasa hati ini. Lantas aku keluarkan dompet, dan membayar zakat fitrah ketika itu juga. Waktu afdal bayar zakat fitrah adalah sebelum solat sunat Aidilfitri, namun begitu aku tak mahu lengahkan, kerana isteri aku sedang sarat menunggu hari nak bersalin. Khuatir tak sempat atau terlupa kelak.
Orang susah, selalunya dekat dengan Tuhan. Tapi, takkanlah nak tunggu bila dah susah dan terdesak baru nak dekatkan diri dengan Tuhan? Waktu senang ini lah patut jaga hubungan denganNya.
Tak usah lupa juga hubungan sesama manusia. Ketika senang, ringan-ringakanlah tulang untuk membantu. InsyaAllah bila susah nanti, Tuhan hantar insan-insan prihatin untuk bantu kita.
Aku berdoa agar lelaki berkenaan dipermudahkan urusannya.
Pesanan buat diri:
Nota: Jika kalian nak tunggu waktu yang afdal bayar zakat fitrah, silakan. Ini cerita tentang lelaki berkenaan, yang mana dia tak pasti esok lusa dia mampu atau tidak. Jadi ketika dia mampu, dia tidak lengahkan tanggungjawabnya.
Sumber : kaki share
Sumber :
Sumber : jubahsemalam.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWP2g7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News