Entah mengapa pada suatu hari Jumaat yang lalu hati Ashraff bertekad untuk ke stesen minyak BHP di Mutiara Damansara. Rupa-rupanya takdir telah menemukan dia untuk membantu Azizah.
Sesampainya Ashraff di stesen minyak berkenaan, dia terus ke kaunter untuk membuat pembayaran mengepam minyak motosikalnya. Di sinilah dia mula memperhatikan gelagat aneh Azizah.Ashraff menceritakan kisahnya dilamanFacebooknya, “Sampai di BHP abang ke counter buat bayaran ade sorang makcik ni masuk dgn jalan yg slow dan sedikit mengesot…. abang dok perati je dari luar… kecik beso kecik beso abang tgok…
“Makcik tadi mundar mandir dalam kedai tgok roti tengok keropok tengok MAGGI then letak balik 🙁 last sekali dia beli air mineral 500ml ke counter keluar duit rm5 bayar… lepastu dia keluar menuju ke bawah pokok sebelah BHP…”
Setelah melihatkan keadaan Azizah yang berjalan mundar mandir itu, timbul perasaan risau didalam hati Ashraff dan dia kemudiannya memberanikan diri untuk menegur wanita itu.
“Asalaamualikum makcik,” sapa Ashraff. “Saya nak tanya tadi makcik dekat BHP pegang MAGGI CUP tu kenape tarok balik? Dah makan belom?”
Azizah menjawab salam yang diberikan Ashraff dan menjelaskan bahawa makanan segera tersebut terlalu mahal buatnya. Dia kini hanya berpaut pada wang RM5 ini sahaja sementara menunggu gajinya dibayar.
Ashraff yang tersentuh hati mendengar jawapan itu kemudiannya menawarkan diri untuk membayar makanan tambahan buat Azizah.
Setelah mereka bersuai kenal untuk seketika barulah Ashraff mengetahui keadaan sebenar yang menimpa Azizah.
Tulis Ashraff, “Nama dia Azizah berasal dari Langkawi, berkahwin dan ade anak2 di Langkawi,dulu tinggal di Penchala bersama suami tapi kini tinggal sendiri di Kota Damansara menyewa bilik bersama pekerja Indonesia & Madura… sewa bilik beliau sebulan rm150 …. beliau bekerja sebagai tukang sapu di Jalanan area Mutiara Damansara dengan gaji Rm700 sebulan…”
“Suami ??? Kini telah tinggalkan dia GANTUNG TAK BERTALI setelah mendapat hasil jualan tanah pusaka di kampong.”
Ashraff nekad untuk membantu wanita yang dilanda kesusahan ini, dan berjanji untuk membawa bantuan barangan dapur keesokan harinya.
Bagaimana kalau tak ikat,
Kait dengan duri-durinya;
Bagaimana aku tak ingat,
Orang baik hati budinya.
Kami ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Ashraff kerana budinya yang baik dan kerana sudi berkongsi kisah menyentuh hati ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rrTk2t
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News