Selasa, 20 Jun 2017

Pengalaman Bekerja Luar Negara

Pengalaman Bekerja Luar Negara

Assalamualaikum admin, saya seorang gadis berumur 20 tahun dan masih belajar di salah sebuah ipts. Saya anak ketiga daripada tujuh adik beradik. Saya nak kongsikan kisah dan pengalaman saya bekerja di luar negara iaitu Korea.

Kisahnya bermula ketika saya telah tamat tahun satu dan sedang bercuti semester sebelum menyambung pengajian saya ke tahun dua. Sepanjang cuti semester saya berniaga kecil-kecilan di sekolah mak saya. Satu hari, kawan kepada mak saya berkongsi cerita mengenai anak lelakinya yang pernah mencuba nasib mencari rezeki di Aussie, dan kini anak lelaki tersebut telah bergelar ejen yg menguruskan dan menghantar sesiapa yg berminat utk bekerja di luar negara. Mak begitu teruja sekali dan cepat2 bagitau abang2 saya yg bekerja di luar negeri.

Saya yg dengar mak bercerita pon turut teruja, mana taknya sebulan gaji boleh mencecah 5k-8k. Sepanjang tempoh perbincangan antara parents dan abang2 saya, saya ada bagitau mak yg saya pon nak mencuba nasib di sana. Alhamdulillah, mak dgn ayah sangatttt sporting. Saya dpt approval drpd parents dgn mudah sekali. Antara sebabnya, adalah parents saya sgt tahu cara pembawakan saya, jadi bila saya minta nak kemana mana, insyaAllah green light selalu. Haha. Alhamdulillah2. Saya ceritakan plan jangka panjang saya bagaimana utk tidak mengabaikan pelajaran disamping dpt membayar yuran semester lepas sehingga langsai. Dan untuk pengetahuan semua, saya merupakan peminjam ptptn tapi ptptn tak fully cover yuran pengajian saya. Satu semester lebih kurang 8k, tapi ptptn hanya cover 3k. Lagi 5k, kadang ayah,mak atau abang tolong bayarkan itu pon bila dah masuk new sem baru settle.nak belajar pon tak tenang. Allahhh.

Modal utk kesana lebih kurang 4k seorang termasuk tiket penerbangan. Jadi kami tiga beradik mmg confirm pergi setelah banyak perbincangan yg dilakukan. Pada awalnya, mmg ada yg tak menyokong atas sbb2 risau,takut dsb. Ditambah pula, saya ambil keputusan utk tangguh satu sem. Jadi saya akan masuk ke uni semula pada september 2017 ni. Ada yg kagum, ada yg hairan, ada juga yg terkejut. Sampai begitu sekali saya bertekad?! Haha lumrah hidup. Tak cuba tak tahu, dah cuba sekali pasti nak pergi lagi. Abang2 saya mengambil keputusan utk berhenti kerja.

Maka, bermulalah perjalanan kami adik beradik ke Korea pada awal April 2017.
Sampai ke Korea pada 2 April petang. Okey, saya ceritakan perjalanan saya di Korea.
Sesampainya kami di airport, ada brother yg pickup kami dan bawa kami ke guesthouse. Perjalanan ke guesthouse tu lama jugak, lebih kurang sejam 40 minit naik subway.

Jadi, tiba di guesthouse lebih kurang 8 malam. Lepas check in, brother2(aka ejen yg menetap di Korea tapi org Malaysia) ni bwak kitorang pergi makan. Lepas makan, saya dan abang terpaksa berpisah sbb saya diatur bekerja di kilang lain manakala abang di kilang lain. Saya okey saja. Takde pulak nak takut atau risau lebih2, doa selalu. Ini saja senjata kekuatan dan menguatkan.

Bagi saya kerja di sini tak berat cuma lama saja. Dari pukul 8 pagi hingga 7:30 petang(basic). Lepas 7:30 petang dikira overtime. Rehat 4 kali pagi, tengahari, minumpetang, malam. Bulan April, overtime sangat banyak dan selalunya habis kerja pukul 12 malam. Yang ni paling masyukk. Kerja hari Isnin-Sabtu. Ahad cuti tapi bulan April kilang ni agak sibuk, so kadang2 ot juga hari ahad tapi memang bayaran tinggi la berbanding hari yg lain. (Bergantung kpd kilang)

Kilang ni juga sediakan tempat tinggal dan setiap kali rehat ada makanan.
Hari ketiga saya kerja, bos panggil semua keluar- ingatkan imi datang rupa rupanya dia nak rasmi toilet baru. Gempak wehh, main remote control je dlm toilet, semua cap Coway. Hahahaha. Toilet lama yg sebelum ni mmg kasi mental downnn. Sempatla merasa dua hari. saya bernasib baik Alhamdulillah.

Saya takkan go through setiap hari waktu bekerja, takkan setiap hari selama dua bulan tu saya nak cerita satu persatu. Hahaha. Memang taklah.
Apa yg saya lalui, bagi saya Alhamdulillah smooth je. Saya sepanjang masa bertudung. Time kerja-kat bilik,keluar gi tandas, ronda2 depan kilang. dan mmg ada yg tanya kenapa pakai tudung dsb, saya jawab je lm muslim.

Sepanjang saya disana, orang2 kilang baik baik belake. Ada yg dari Nepal,Rusia, Cambodia,Myanmar, Bangladesh. Layanan yg diberikan sgt baik terhadap saya dan kawan2 Malaysia lain.
Diorang sgt sporting, kalau ada masalah mmg diorang bantu. Lagipun, diorang boleh berbahasa Korea kecuali org Rusia. Kalau nak call teksi, mmg minta tolong diorang.(nakgi pekan ada kedai makanan halal indon, dua minggu sekali pergi situ sbb rindu masakan pedas menyengat dan kick). Kalau nak gi mart dekat2 situ, diorang kasi pinjam moto diorang. Best wehh.

Setelah dua bulan disana -saya baru pulang ke tanah air 16 Jun lalu, saya berjaya menyimpan sebanyak 2.5 kwon bersamaan RM10k(campur gaji dua bulan). Banyak jugak saya spend kat sana, shopping sakan jugak. Biasalah, sambil bekerja sambil melancong.
Okeylah kan dua bulan dapat bawa balik 10k. Lepas la bayar satu sem dan beli laptop utk masuk belajar nanti. Haha. Balik sebab nak Raya lagi. Dapatlah hulur kat mak sikit, bayar insuran, dsb. Bila balik Malaysia ni, bertimpa timpa beban kek bahu. Huhu hadapi jelah.
..
Sekian, pengalaman pendek saya yg dpt saya kongsikan sedikit.
Gadis Hardcore

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rymhYs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News