Jumaat, 9 Jun 2017

Pengalaman Seram 6 Selebriti Korea Selatan Yang Menakutkan

Ketika tidur, Jiyeon merasa tubuhnya terasa berat seperti ada yang menekan. Dia berusaha untuk bangun dan berlari ke tempat tidur ahli T-Ara yang lain.

Ketika itu, Jiyeon melihat seorang gadis kecil yang sedang duduk di atas katil baju sambil menekuk dan memeluk lututnya.

Menurut Jiyeon, gadis kecil itu seperti cuba menyampaikan sesuatu padanya.
Rupanya kejadian itu tidak hanya dialami oleh Jiyeon. Soyeon, ahli T-Ara yang lain pun mengaku pernah melihat hantu yang sama di tempat yang sama.

“Sehari sebelum T-Ara membuat persembahan, aku merasa seolah-olah ada sesuatu yang menekan tubuhku ketika aku tidur dan aku tidak boleh bergerak. Aku berusaha keras untuk terbebas dari kelumpuhan itu hingga akhirnya aku berlari ke tempat Soyeon unni (kakak).

Aku menceritakan hal itu padanya dan dia mengatakan bahawa dia juga pernah bertemu dengan hantu yang sama di tempat aku melihatnya, “ujar Jiyeon.

Merasakan hawa hadirnya makhluk saja sudah membuat bulu roma berdiri, tapi apakah yang akan terjadi jika perlu bersemuka walaupun tinggal ‘bersama’ dengan hantu?

Pengalaman itulah yang sempat dialami oleh penyanyi sekaligus pelakon kacak Kim Hyun Joong. Ketika dia sedang menjalani penggambaran filem Strong Heart, dia mengaku telah bersemuka dengan hantu secara langsung..

Selama tinggal di rumah tempat beliau tinggal selama proses penggambaran berlangsung, dia kerap didatangi oleh seorang hantu. Kim Hyun Joong telah berkali-kali meminta hantu itu pergi, namun makhluk tersebut menolaknya malah tinggal bersama dengannya.

“Aku memberitahunya untuk pergi, tapi ia tetap disana dan kami akhirnya tinggal bersama,” ujarnya ketika hadir di salah satu acara variety show.

Selain bilik tidur, bilik mandi juga sering menjadi tempat yang cukup banyak didiami oleh makhluk halus. Banyak kisah mistik yang kerap kali berlaku di bilik mandi seperti yang dialami oleh Min Ah Girl ‘s Day.

Di pagi hari ketika dirinya sedang mandi, dia mendengar seseorang berusaha untuk membuka pintu bilik mandi. Min Ah berfikir itu hanyalah gurauan ahli Girl ‘s Day lain.

Ketukan pintu semakin kencang, Min Ah pun memberanikan diri untuk membuka pintu. Namun, ternyata tiada seorang pun yang berada disana.

“Saya fikir itu adalah ahli kumpulan yang lain, jadi aku memanggil-manggil nama mereka, tetapi tidak ada tanda-tanda seseorang berada disana. Lalu aku mendengar seseorang kembali mengetuk pintu dengan keras. Aku cuba memberanikan diri membuka pintu, tapi tidak ada sesiapa disana , “ujarnya.

Kejadian menyeramkan itu terjadi tatkala Lee Joon masih bergabung bersama kumpulan MBLAQ. Malam itu, Lee Joon baru saja kembali ke pangsapuri usai membuat persembahan di sebuah acara.

Ketika dia mula terlelap, bintang Ninja Assassin itu merasakan ada kekuatan aneh yang menekan tubuh dan menjerat lehernya.

Dahsyat, kelibat makhluk halus itu berbau asap rokok dan terdengar suara wanita yang berteriak. “Hantu itu seolah-olah bau seperti asap rokok dan terdengar seperti perempuan bersuara garau yang berteriak,” tuturnya.

Setelah kejadian seram itu, Lee Joon sukar untuk tidur. Setelah disiasat, pangsapuri yang didiaminya dijual kepadanya dengan harga yang murah kerana khabarnya berhantu.

“Setelah itu, aku tidak boleh tidur setiap malam dan bawah mataku semakin gelap. Keselesaan tidurku telah dirampas dan hantu itu terus melawat saya,” katanya lagi.

Peristiwa mistik itu bermula ketika Onew dan Minho kembali ke asrama selepas menghadiri sebuah acara. Sebelum tidur, seperti biasanya mereka akan ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Namun kerana bilik mandi hanya satu, Onew mengambil giliran terlebih dulu. Usai mencuci muka, Onew tersedar di bilik mandi tiada tuala dan dia pun memanggil Minho untuk mengambilkannya.

Tak ada jawapan, Onew pun membuka pintu bilik mandi dan kembali memanggil Minho. Dari bilik mandi, Onew sekilas melihat bayangan yang mirip dengan Minho.

Tetapi rupanya sejak tadi tiada sesiapa yang berada di luar bilik mandi. Minho yang dipanggilnya, ternyata sedang berada di bilik dan tidak mendengar panggilan Onew.

Pengalaman seram yang dirasai oleh Donghyun kali ini adalah sering dicekik oleh satu bayangan hitam ketika tidur di malam hari.

Merasa terlalu sering terganggu, Donghyun memberitahu kepada ibu tentang kejadian yang terus menghantui beliau itu. Dia meminta ibunya masuk ke dalam biliknya jika ada terdengar suara atau teriakan aneh.

Suatu malam, Donghyun kembali dicekik oleh bayangan hitam itu. Si ibu juga mendengar suara aneh tersebut dan terus masuk ke biliknya. Spontan, bayangan itu pun menghilang dan Donghyun merasa terselamat.

Tetapi, Donghyun belum boleh menarik nafas lega. Apabila ibunya berjalan keluar dari bilik, Donghyun melihat hantu bayangan hitam itu sedang bersembunyi di belakang ibunya dan merenungnya tajam!



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s05twr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News