Sabtu, 10 Jun 2017

Pengedar Apple Ditahan Di China Kerana Menjual Data Pengguna Secara Haram

Apple gah dengan tahap privasi yang digunakan pada peranti keluaran mereka. Walaupun menerima ugutan pihak berkuasa, Apple berkeras data milik pengganas San Bernadino tidak akan diserahkan. Tetapi di China lain pula berlaku kerana pihak berkuasa berjaya melumpuhkan sindiket penjualan data milik pengguna produk Apple yang dilakukan oleh pengedar produk mereka.

Apple iPhone

Seramai 20 individu yang bekerja secara langsung dengan Apple telah ditahan. Mereka dipercayai menjual data pengguna seperti nombor telefon, alamat dan AppleID ke pasaran gelap. Setiap data dijual pada harga di antara RMB 10-180 (~RM 7-112) . Sejak beroperasi, mereka dipercayai berjaya mengumpul RMB 50 Juta (~RM 32 Juta). Setakat ini tidak diketahui sama ada data yang dijual adalah dari pengguna di China ataupun seluruh dunia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rL9u7l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News