Selasa, 6 Jun 2017

Peratusan Penggunaan Android Nougat Kini Hampir 10%

Fungsi Android O telah diperlihatkan oleh Google di Google I/O yang baru sahaja berakhir beberapa minggu yang lalu. Ujian Beta juga sudah bermula pada peranti-peranti yang disokong. Sungguhpun begitu peratusan peranti yang menggunakan Nougat masih lagi di tahan yang rendah. Angka terkini dikongsi oleh Google hari ini dan Nougat kini digunakan oleh 9.5% peranti.

Sistem operasi dengan peratusan terbesar ialah Marshmallow (31.2%) diikuti oleh Lollipop (30.8%) dan KitKat (18.1%). Peratusan penggunaan Nougat yang masih di bawah dua angka selepas hampir setahun diperkenalkan ini adalah berbahaya.

Seperti kami laporkan minggu lalu, hanya 42 peranti Android didapati menerima kemaskini keselamatan yang terkini bagi mengelakkan masalah sekuriti. Oleh itu kami tidak sabar menanti Google mengaktifkan Project Treble.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYfyKX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News