Ahad, 18 Jun 2017

Pergerakan Badan Kita Mempengaruhi Komunikasi Dengan Orang Lain, Inilah Bahasa Badan Kita Patut Tahu

Pernah terfikir apa yang bermain di minda orang lain? Dapat membaca bahasa badan orang lain akan memberi pandangan yang sangat berharga.

Walaupun komunikasi yang bagus berupakan perkara yang penting dalam sebarang perhubungan, tapi ia tidak menghalang kita untuk mengatakan sesuatu di antara satu sama lain.
Komunikasi bukan verbal boleh memberikan banyak perkara seperti perkataan. Kadang-kadang komunikasi bukan verbal adalah  lebih tepat.

Berikut bahasa badan yang kita patut perhatikan;


1. Mata
Mata mampu memberi gambaran apa yang sedang seseorang itu rasai.
Hubungan mata / kontak mata  -  Adakah orang itu boleh melihat mata anda dengan selesa atau memandang mata anda dengan tepat semasa bercakap? Menahan pandangan anda dengan terlalu lama boleh memberi maksud orang itu berbohong dengan kamu. Manakala melarikan kontak mata menunjukkan dia sedang gemuruh atau melindungi sesuatu.
Kelip mata  -  Orang akan cenderung untuk mengelip mata berulang kali jika mereka berasa tertekan atau tidak selesa.
Arah pandangan mata  -  apabila seseorang melihat ke sebelah kiri, ia selalunya menunjukkan dia cuba mengingat sesuatu. Pandangan ke arah kanan selalumua menunjukkan dia lebih berfikiran kreatif dan cuba menundukkan kamu. Pandangan turun ke bawah menunjukkan rasa bersalah atau isyarat mengalah, dan orang itu tidak mahu memandang muka kita atas sebab-sebab tertentu.

2. Mulut

Mulut boleh memberitahu lebih dari perkataan. Ada beberapa perkara kita boleh perhatikan.
Menggigit bibir - petanda seseorang itu sedang merasa tertekan, gementar atau bimbang.
Menutup atau melindungi mulut - Kita mungkin akan menutup mulut kita dengan tangan atau kain untuk melindungi reaksi emosional, seperti rasa terkejut atau kita sedang tersengih.
Senyuman asli LWN senyuman palsu  - senyuman yang asli akan melibatkan keseluruhan muka, terutamanya kedutan pada sekeliling mata. Senyum yang idpaksa selalunya hanya melibatkan otot disekeliling mulut dan bahagian muka yang lain tidak berubah. Jika kamu ingin melihat samada seseorang itu sedang tersenyum ikhlas atau tidak, lihatlah samada mata mereka tersenyum jugak atau tidak.


3. Kepala
Kepala mengandungi otak kita dan majoriti saraf-saraf deria, jadi pergerakan kepala boleh memberitahu reaksi seseorang berdasarkan apa yang mereka rasa.
Kepala ke atas dan menunjuk  ke hadapan - Orang itu sedang menumpukan perhatian dan mendengar kamu dengan attitude yang positif. Mereka mungkin mengangguk dan dan meniru ekspresi kamu seakan mengikut perbualan kamu.
Kepala menyenget ke sebelah tepi -- Menunjukkan orang itu berminat dengan apa yang kamu katakan dan sedang mempertimbangkannya. Ia juga isyarat percaya kerana dia mendedahkan lehernya.
Kepala menunduk ke bawah -- Menunjukkan seseorang itu sedang menolak atau tidak menerima apa yang diperkatakan kepada mereka. Ia juga tanda malu atau kekalahan.
Menggaru leher -- mungkin bermaksud dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan kepadanya.

4. Kaki dan Lengan
Silang kaki atau silang tangan selalu digambarkan seseorang itu merasa sedang melindungi diri atau bersifat tertutup. Lihat beberapa lagi isyarat badan
Memegang erat tangan di belakang badan - jika seseorang itu memegang erat tapak tangan, ia selalu menunjukkan isyarat keyakinan. Tetapi kebanyakan kerabat raja dikenali dengan postur begini. Jika salah satu tangan memegang lengan tangan satu lagi, ini mungkin menunjukkan dia merasa marah atau tidak senang.
Jari bersilang rapat di depan badan - Potensi isyarat kepada kekecewaan dan sedang menahan kelakuan yang negatif.
Mengetuk jari atau tapak kaki mengetuk dengan laju  - boleh menunjukkan dia sebenarnya tidak sabar, bosan atau rasa terganggu.
Berdiri dengan tangan di peha - orang itu merasakan mereka sedang dikawal. Ia juga menunjukkan rasa aggresive.

5. Badan dan postur badan
Postur selalu boleh dikaitkan dengan pergerakan lengan dan kaki. Contohnya postur tertutup dengan lengan disilang didada menunjukkan kehendak untuk melindungi diri sendiri. Ada beberapa lagi postur badan yang menunjukkan isyarat tertentu.
Duduk tegak - menunjukkan seseorang itu sedan fokus dan menumpukan perhatian dengan apa yang didengari. Ia juga isyarat yang bagus dan menunjukkan keyakinan dan kepercayaan.
Membongkok kehadapan - Mungkin menunjukkan seseorang itu tidak ingin mempunyai sebarang hubungan dengan orang lain. Mereka mungkin bosan, tidak suka berkawan atau mungkin bermusuhan.
Bersandar - Apabila seseoran itu bersandar pada dinding atau objek lain, ia menunjukkan dia relaks, tenang dan terbuka kerana dia meletakkan dirinya di posisi yang terdedah.


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sGmIEl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News