Selasa, 6 Jun 2017

Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang (Forex) Setakat Petang Ini

US dolar jatuh semula ke paras terendah tujuh bulan lalu selepas memulih sedikit dalam sesi dagangan Isnin. Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain meneruskan kejatuhan hari ini berikutan para pemain pasaran dilihat lebih berhati-hati dengan risiko geopolitik minggu ini.

Indeks US dolar ketika ini berada di sekitar  96.65 jatuh dari paras tertinggi Isnin 96.93. Sebentar tadi indeks ini juga jatuh ke paras terendah sejak 8 November lepas di sekitar 96.49.

US dolar kembali berada di bawah tekanan menjelang kenyataan pengakuan bekas Pengarah FBI James Comey pada Khamis di hadapan Senat pukul 10 malam waktu Malaysia.

Pelabur dilihat bimbang jika pentadbiran Trump mengalami lebih kesukaran jika pendedahan Comey akan menjelaskan gangguan siasatan oleh Presiden Trump terhadap penglibatan Rusia dalam kempen pilihanraya beliau sendiri.

Kita melihat US dolar berada di bawah tekanan sejak Jumaat lepas apabila US mengeluarkan laporan pekerjaan NFP.

Ramai penganalisis percaya data-data yang meleset sebelum ini tidak akan menghalang The Fed daripada menaikkan kadarnya munggu depan, tetapi manjoriti daripada pemain pasaran kini berpendirian The Fed akan bertindak lebih ‘dovish‘ selepas itu.

Usd/Jpy jatuh 0.76% kepada 109.69 ketika ini yang juga merupakan paras terendah sejak 25 April.

Pelabur juga bimbang dan lebih berhati-hati dengan pilihanraya umum UK Khamis ini ditambah lagi dengan penetapan kadar ECB pada hari sama.

Walaupun perbezaan dalam tinjauan yang dibuat semakin hampir antara Parti Konservatif dan Parti Buruh, responden masih berpendapat Theresa May akan memenangi majoriti dalam pilihanraya.

Matawang Gbp mengukuh sejak Isnin dan kini didagang di sekitar 1.2924 dengan tinjauan terbaru oleh ICM pada Isnin menunjukkan sokongan Konservatif pula semakin meningkat.

The post Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang (Forex) Setakat Petang Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGANON

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News