Isnin, 5 Jun 2017

Pergerakan Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini

Matawang Gbp didagang lemah dalam sesi Asia pada Isnin yang terkesan daripada serangan London hujung minggu lepas yang mengorbankan 7 orang pejalan kaki di ‘London Bridge‘. Negara-negara Arab termasuk Arab Saudi, Mesir, dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar yang didakwa menyokong keganasan.

Gbp/Usd ketika ini didagang di sekitar 2.2872, susut 0.14%. Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain, naik 0.13% kepada 96.66, manakala Usd/Jpy naik 0.08% kepada 110.48 pada masa artikel ini ditulis.

Data PMI Caixin sektor perkhidmatan China pula mengukuh kepada 52.8 berbanding 51.4 sebelum ini. Aud/Usd mendapat sedikit sokongan daripada data ini dengan  mengukuh 0.36% dan ketika ini didagang di sekitar 0.7469.

Minggu lalu, US dolar jatuh ke paras terendah tujuh bulan berbanding enam matawang utama yang lain pada Jumaat selepas data pekerjaan NFP yang mengecewakan menambah ketidaktentuan terhadap prospek kenaikan kadar Jun.

Walaubagaimanapun, ramai penganalisis berpendapat, data yang mengecewakan ini tidak akan menghentikan The Fed daripada menaikkan kadar dalam mesyuarat mereka minggu depan.

Kini pasaran melihat potensi kenaikan kadar pada Jun berada di sekitar 88%, jatuh sedikit daripada 89% sebelum laporan pekerjaan NFP diumumkan.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku di Eropah dijangka akan mendominasi pasaran minggu ini dengan mesyuarat ECB pada Khamis dan juga pilihanraya umum UK pada hari sama. Selain itu, data perdagangan China juga akan diperhatikan secara teliti selain data ISM sektor perkhidmatan US malam ini.

Di US, pasaran akan memberi perhatian kepada bekas pengarah FBI James Comey yang akan memberi keterangan kepada Kongres pada Khamis. Hal ini pula mampu menambah kesukaran kepada pentadbiran Trump dan menekan US dolar.

The post Pergerakan Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rrQA5o

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News