Ahad, 18 Jun 2017

Pesawat Susi Air Ditembak Di Papua

JAYAPURA, INDONESIA – Sebuah pesawat penumpang milik Susi Air dilaporkan ditembak di Papua New Guninea Jumaat lalu.

Pesawat berkenaan terkena tembakan di bahagian roda ketika melakukan penerbangan dari Lumo menuju ke Mulia, lapor CNN.

Ketika kejadian, pesawat jenis Pilatus PC-6 itu membawa lapan penumpang termasuk 5 anggota tentera.

Kejadian itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Papua, Irjen Pol Boy Rafli yang turut mengesahkan pesawat berkenaan selamat.

“Pesawat berkenaan bernasib baik kerana dapat mendarat dengan selamat tanpa sebarang insiden di Mulia,” katanya.

Menurutnya,tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan berlaku dalam insiden itu.

Siasatan kini giat dijalankan bagi mencari punca sebenar tembakan berkenaan yang hampir menyebabkan tragedi. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2snN7DK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News