Ahad, 18 Jun 2017

Petani Maut Babi Gigit Alat Sulit, Jari Tangan

SEORANG petani dari Mexico, Miguel Anaya Pablo, 60, dilaporkan maut selepas seekor babi menggigit alat sulitnya dan tiga jari tangannya.

Kejadian dikatakan berlaku ketika Miguel dalam keadaan mabuk di mana dia ‘bertarung’ dengan babi peliharaannya selepas acara minum-minum bersama rakan-rakannya.

Selepas itu, dia dikatakan singgah ke kandang babinya sebelum teruk dibelasah binatang terbabit.

Media tempatan melaporkan, babi berkenaan menjadi agresif selepas Miguel sengaja memprovoknya dengan memukul dan menunggangnya secara kasar.

Bengang diperlakukan sedemikian, binatang itu kemudiannya bertindak menggigit alat sulit dan tiga jari tangan Miguel.

Miguel kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan kediamannya di Tuxtepec bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Namun, menurut doktor, Miguel tidak dapat diselamatkan selepas jangkitan bakteria telah merebak ke seluruh tubuhnya akibat dari gigitan babi tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sedbTg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News