Rabu, 21 Jun 2017

Polis Belgium tembak mati lelaki disyaki pengganas

BRUSSELS: Polis Belgium menembak mati seorang lelaki yang disyaki pengebom berani mati di Stesen Keretapi Sentral pada Selasa, namun tidak melibatkan kecederaan orang awam.

Insiden itu diklasifikasikan pihak berkuasa sebagai ancaman pengganas terbaharu di Eropah.

Lelaki itu pada mulanya menyebabkan satu letupan kecil di stesen keretapi berkenaan, sebelum ditembak oleh anggota polis yang berkawal di situ.

Saksi menyatakan lelaki itu ada melaungkan slogan yang dikaitkan dengan pengganas, namun pihak berkuasa tidak memberi sebarang komen berhubung hal itu.

"Kami anggap ini serangan pengganas,"kata Eric Van Der Sypt, seorang pendakwa raya kepada wartawan. Polis juga telah meminta orang ramai mengosongkan beberapa kawasan tumpuan selepas letupan yang berlaku sekitar jam 8.30 malam waktu tempatan.

Ibu negara Belgium yang merupakan lokasi ibu pejabat NATO dan Kesatuan Eropah, telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga insiden serangan yang mengorbankan 130 nyawa di Paris pada November 2015.

Insiden hampir sama berlaku di Brussels empat bulan kemudian, mengorbankan 32 orang awam.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sNJdpV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News