Selasa, 20 Jun 2017

Polis Dapat Cekup 3 Suspek Kes Curi Aliff Syukri


Polis telah menahan tiga suspek disyaki terbabit mencuri wang tunai dan barang berharga bernilai RM100,000 milik Pengarah Urusan D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Somu Subramaniam berkata, ketiga-tiga suspek yang merupakan bekas pekerja dan pembantu rumah jutawan kosmetik itu ditahan di pekarangan Balai Polis Sungai Buloh jam 6.30 petang kelmarin.

“Suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan polis sebaik menjumpai penyata bank pada jam 4 petang semalam, di rumahnya di Kampung Damai Kuang,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa sebelum itu menemui invois deposit bank ke Indonesia bertarikh 26 Mei lalu.

“Hasil semakan mendapati wang itu didepositkan isteri bekas pekerjanya ke Indonesia dipercayai menggunakan wang yang diserahkan pembantu rumah mangsa.

“Bagaimanapun, pembantu rumah mangsa terbabit enggan mengaku dan perkara itu menimbulkan keraguan terhadap penemuan invois berkenaan,” katanya.

Terdahulu, tular video pembantu rumah memohon maaf kepada jutawan kosmetik itu selepas ‘kantoi’ mencuri wang, pakaian dan barang kemas milik Aliff Syukri dan isterinya.

Menurut Somu, susulan laporan polis yang dibuat Aliff semalam, polis menahan tiga suspek termasuk dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 24 hingga 48 tahun bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati empat pembantu rumah terbabit dalam kes ini. Justeru, tiga suspek yang ditahan adalah pembantu rumah, bekas pekerja dan isterinya.

“Siasatan masih dijalankan untuk menahan tiga lagi suspek lagi yang masih bebas,” katanya lagi.

Menurutnya, tiga suspek direman empat hari sehingga 22 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan. -MYNEWSHUB.CC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ryymwP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News