Ahad, 18 Jun 2017

Polis Tahan Lelaki OKU Miliki Dadah Jenis Syabu

MIRI – Polis menahan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) rakyat tempatan kerana memiliki dadah jenis syabu dalam serbuan di Lorong 9 Krokop di sini, pada 9.45 malam semalam​​​​​.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata ketika ditahan, suspek yang berusia 49 tahun sedang berada di dalam kereta jenis Perodua Myvi dan turut ditemui ialah dua plastik hitam mengandungi ketulan kristal dadah syabu.

“Berat kasar dadah yang dirampas ialah 30 gram dengan nilai pasaran RM4,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek yang mempunyai dua rekod kesalahan ​lampau berkaitan dadah turut positif dadah methamphetamine dan amphetamine setelah ujian air kencing dijalankan.

“Suspek disiasat mengikut seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tgf4xd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News