Isnin, 5 Jun 2017

Polis tidak pernah terima laporan Zulfarhan dibuli - Abdul Samah

SHAH ALAM: Polis mengesahkan tidak pernah menerima laporan daripada mana-mana pihak mengenai kes seorang pegawai kadet laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang meninggal dunia minggu lepas pernah dibuli.

Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata pihaknya hanya menerima laporan kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, selepas mangsa meninggal dunia di Hospital Serdang Khamis lepas.

“Kita pihak polis tidak ada sebut bomoh-bomoh. Macam saya kata tadi, siapa-siapa yang kita fikirkan ada kaitan dan boleh membantu siasatan kita akan panggil dan kita sedang melaksanakannya yang telah dipanggil dan yang akan di panggil.

“Dia ini dituduh oleh rakan-rakan mencuri computer riba milik salah seorang dari pelajar itu, jadi ni puncanya. Setakat ini kita tiada terima laporan kes buli tapi kalau ada minta pihak berkenaan tampil buat laporan bagi membolehkan pihak polis menyiasat mungkin pihak universiti sendiri akan mengambil tindakan dalaman tu terpulang pada mereka tetapi kes yang di laporkan pada polis setakat ini yang pertama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Datuk Seri Abdul Samah berkata pihaknya juga tidak menerima laporan mengenai kehilangan komputer riba yang dipercayai menjadi punca mangsa didera .

Sebelum ini seorang penuntut dilaporkan memberitahu keluarga mangsa bahawa Zulfarhan dipukul beramai-ramai selepas mendakwa seorang bomoh memetik namanya sebagai dalang kes curi berkenaan.
Dalam kejadian itu, Zulfarhan Osman yang juga pegawai kadet laut tahun tiga UPNM meninggal dunia di Hospital Serdang dengan kesan melecur di dada, tangan dan kaki, dipercayai ditekap seterika wap.

Setakat ini 32 penuntut UPNM dan empat penuntut Uniten direman bagi membantu siasatan .

Reman mereka akan berakhir Jumaat ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qSlk0x

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News