Selasa, 6 Jun 2017

PRKPujut: SUPP Tolak Idea Letak Calon Langsung


Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkeras menolak idea meletakkan calon langsung sebagai calon Barisan Nasional bagi Piliha Raya Kecil (PRK) Pujut.

Memetik laporan Bernama, Presidennya Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, sekiranya perkara tersebut terjadi pada PRK kali ini, BN seolah-olah tidak ubah seperti pembangkang kerana sentiasa mengubah matlamat yang sebenar.

"Saya selalu berkata bahawa kami (SUPP) tidak menyokong calon langsung BN kerana biar siapa pun yang menjadi calon langsung BN, beliau perlu meletak jawatan (daripada parti yang sedang dianggotainya), jadi lebih baik sahajalah menyertai SUPP dan mengekalkan semangat dan prinsip BN kami," katanya.

Terdahulu, Pengerusi BN Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menjelaskan beliau sudah menerima senarai beberapa calon untuk bertanding dan tidak menolak sama ada BN akan meletakkan 'calon langsung' bergantung kepada keadaan.

Formula calon langsung diperkenalkan bekas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas bagi menyelesaikan perbalahan antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan parti serpihannya, Parti Rakyat Bersatu (UPP), dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) serta Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Pujut pada 4 Julai manakala penamaan calon 20 Jun. - Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rv2CLo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News