Tentunya anda masih belum lupa dengan beberapa rekaan dan imej render yang dihasilkan oleh saudara Saharudin Busri dari Pusat Rekaan MIMOS yang pernah kami tampilkan sebelum ini, terhadap model-model Proton yang dibayangkan semula.
Antaranya, Proton Suprima X dan Suprima R, dua model yang diasaskan oleh Proton Suprima S dan dilanjutkan sebagai model-model yang tersendiri yang menampilkan rekaan menarik – sebuah versi hatchback yang lebih sporty dan sebuah lagi kenderaan crossover.
Terbaru, beliau tampilkan pula lakaran asas Proton Bayu, sebuah SUV yang dihasilkan dari rekaan asal Geely Boyue. Apa yang diterapkan kepada lakaran itu adalah bagaimana agaknya rekaan SUV pertama Proton dengan usahasama syarikat China itu akan kelihatan kelak.
Dan apa yang anda saksikan ini pula adalah lanjutan daripada proses lakaran awal berkenaan – sebuah imej render SUV berkenaan dalam rupa bentuknya yang lebih nyata. Rekaan Proton Bayu ini ingin ditampilkan dengan imej yang sangat berbeza daripada model asal Geely itu, walaupun sebenarnya hanya melibatkan perubahan yang minimum.
Mengambil ilham dari bayu (wind), beliau mengolahkan elemen berkenaan dengan logam krom yang meliputi hampir satu badan SUV berkenaan, dengan elemen utamanya disekeliling tingkap dan dibawa hingga ke spoiler belakang.
Bumbung juga lebih rendah untuk menampakkan sisi sporty yang moden. Selain itu, sentuhan DNA Proton masih dikekalkan, terutamanya pada bahagian gril front wing dan garis krom di belakang. Gril depannya diberikan sentuhan lebih besar dan mengimbangi saiz SUV berkenaan – ia juga merupakan lanjutan kepada rekaan gril pada Suprima X terdahulu.
Menjarakkannya agak kelihatan lari lebih jauh dari versi SUV Geely adalah pilihan warna dua tona yang digunakan, memberikan imej yang lebih elegan kepada rekaan Proton Bayu ini. Rekaan rim juga mengambil kira elemen keseluruhan “bayu” yang sama.
Mengapa rekaan ini dihasilkan? Menurut Saharudin, ia hanyalah sebagai latihan lakaran digital untuk membiasakan diri menggunakan peranti Microsoft Surface Pro yang baru diterima oleh pereka di MIMOS itu. Jadi, selepas melihat Proton Bayu, apa pandangan anda? - Paultan
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s8jHvD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News