Isnin, 19 Jun 2017

Puad Zarkashi: Isu DoJ, Muhyiddin Tak Layak Untuk Mencabar Najib !

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak layak untuk membuat sebarang komen terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu tindakan perundangan Jabatan Kehakiman (DoJ), Amerika Syarikat baru-baru ini.
Puad berkata, beliau mengatakan sedemikian sebab wujud pendapat yang mengatakan dokumen DoJ yang dikeluarkan itu dikarang oleh orang Malaysia.
“Ini semua komplot nak jatuhkan perdana menteri sama saperti ‘Rome Summit’ yang saya pernah membongkar pada Mei 2015.”
Dalam kenyataan dikeluarkan malam ini, Puad juga mencabar Muhyiddin, bekas timbalan perdana menteri, agar terlebih dahulu isytihar kekayaan kaum keluarga sebelum mahu berlagak seperti seorang yang bermoral tinggi.
“Jangan jadi seorang munafik sebab semua orang tahu sangat siapa Tan Sri sebenarnya,” katanya lagi.
Dalam satu kenyataan petang tadi, Muhyiddin menggesa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bertindak atas “dasar prinsip dan maruah” ekoran tindakan perundangan kedua diambil DoJ untuk melucut hak sejumlah aset yang dibeli, dipercayai menggunakan dana 1MDB.
“Jangan beri alasan tiada bukti. Saya tahu agensi penyiasat telah mengumpulkan bukti yang cukup untuk mendakwa Najib,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari.
Presiden PPBM itu berkata, sekiraya peguam negara seorang yang bermaruah, beliau mesti bertindak memulakan proses pendakwaan dengan segera susulan tindakan DoJ.
Puad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas berkata, Muhyiddin cuba menangguk di air keruh memfitnah secara liar terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan 1MDB ekoran permohonan terbaru saman sivil DoJ.
Katanya, saman sivil DoJ tidak membuktikan mana-mana pihak telah melakukan jenayah, sama seperti pendirian Peguam Negara Malaysia.
“Ia difailkan berdasarkan aduan awam dan seperti kenyataan DoJ sendiri, ia tidak membuktikan bahawa sebarang dakwaan yang dibuat dalam aduan ini benar melainkan selepas mahkamah AS memutuskan ia adalah benar.
“Jika DoJ mempunyai bukti prima facie mengenai setiap dakwaan, sudah tentu DoJ akan membuat pendakwaan langsung terhadap penjenayah yang terlibat dan merampas aset-aset tersebut di bawah Akta Penggubahan Wang Haram AS dan undang-undang lain yang berkaitan,” katanya.
Kata Puad, seperti selepas pengumuman pemfailan saman sivil kali pertama tahun lalu, Muhyiddin sekali lagi telah membuat tuduhan melulu terhadap Najib sedangkan saman sivil ini baharu sahaja di peringkat fail.
“Belum ada sebarang perbicaraan dibuat dan sudah tentu bila belum ada perbicaraan, maka tiada pihak dibuktikan bersalah lagi oleh Mahkamah AS.
“1MDB telah menegaskan berulang kali bahawa wang syarikat tersebut tidak dicuri. Dapatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara juga mendapati tiada wang 1MDB yang dicuri. Malah persetujuan penyelesaian luar mahkamah timbang tara bersama syarikat IPIC dari Abu Dhabi juga membuktikan wang 1MDB telah digunakan untuk urusan perniagaan,” kata beliau.
Malah, katanya, tidak perlulah Muhyiddin mengulangi skrip lapuk yang telah berulang kali gagal membuktikan sebarang salah laku. #sumber


LinkMalaysia News